Thursday, May 28, 2009

Kelabu asap je

Rasanya dah masuk lebih dua minggu perjalanan aku kat sekitar Jalan Kebun, Klang dan yang sama waktu dengannya jerebu jer... tensen gak. Jalan pi sekolah tu, hari2 lalu berasap. Dah la aku pi sekolah dkt2 tengahari. Masa matahari nak-nak terpacak kat atas kepala. Nak tambah best lagi, aircond kereta aku dah dekat sebulan rosak (nak baiki, lum ada cukup duit lagi. Tak dpt gaji tertunggak tiga bulan ni). Pastu, lalu lak kawasan yang dibakar kiri kanan. Tak sakit ke? Aduhai.... Nak tutup tingkap, kang aku lak yang banjir dek peluh sendiri. Bila buka tingkap, sedut haruman asap semerbak. Heee... bengang tul aku dibuatnya ! Boleh diorang p bakar kebun2 haram (pepandai aku je kebun haram. Ngeh..ngeh..ngeh...) tu sebab nak kasik clear tanah pertanian diorang tu. Sakit rasa hati. Rasa aku nak je bawak parang cari sapa yang mula bakar tanah2 tu. Ceh! Rasa berasap je tiap ari macma lalu kat tanah perkuburan dalam cita2 seram. Heheheh.... Heeeee.... Kat sapa la aku nak habaq perkara ni...

Tuesday, May 26, 2009

Guru dan pelajar

Lately, aku selalu terfikir pasal bagaimana nak jadi guru yang baik dan terkesan di hati pelajar. Maklum saja la. Aku rasa zaman sekarang tak macam dulu. Masa zaman aku, waktu perhimpunan, beratur lurus dan cantik. Ikut kelas masing-masing. Pengawas semua jalankan tugas dengan baik. Tapi skarang macam langit dengan bumi. Dah la beratur masa perhimpunan macam ular kena palu, tak ikut kelas pula tu....

Tapi aku teringatkan Cikgu Solehan masa aku sekolah tahun 1994-1995. Masa tu tingkatan 4 5. Time gotong-royong, dia la yang mula-mula angkat penyapu. Pelajar dan guru-guru lain turut sama. Kalu kutip sampah, dia dulu yang mula baru dia suruh pelajar kutip. Bila bab menyanyi lagu Negaraku, dia juga turut sama. Jadi, tidak ada isu, 'cikgu tak buat, maka aku (pelajar) pun tak perlu buat'. Dari situ, aku percayakan konsep kepimpinan melalui teladan. Kalau kita nak ajar anak murid kita berjalan betul, maka kita perlu ajar dengan cara yang betul. Jangan jadi macam ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan tegak sedangkan dia sendiri jalannya senget.

Hmmmm.... aku rasa, memang logik mengajar menggunakan pendekatan begini. Guru, aku rasa, perlu juga sekali-sekala cuba berada di aras yang sama dengan pelajar. Perlu berfikir sama aras dengan pelajar supaya mereka tahu bagaimana cara hendak menyelesaikan sesuatu masalah.... Bukannya meninggikan ego mereka sebagai guru dan meletakkan pelajar yang jahat itu akan jahat hingga mati dan yang baik itu akan baik selamanya.... Anyway, we are human beings. Tend to make mistakes. But we have to learn from the mistakes to improve. That is what I'm doing.....

Tuesday, May 19, 2009

Joomla

Dah dekat 3 tahun aku tamat masters aku. Masa tu tak terpk pun nk guna Joomla ke, Mambo ke (Content Management System) utk wat website. Tp la ni baru la aku terpkio. Masuk arini dah dua minggu lebih aku cuba usahakan utk guna Joomla. Malangnya, aku stuck kat setting. Masa wat configuration tu, bila aku setup password, kuar error. Bila aku tak mskkan password, baru blh jln. tp, masalah timbul bila aku nak login as admin, takleh sebab aku tak set up password. Cmna ek? Ada sapa pakar CMS ni? Especially Joomla... Aku dah naik geram je hari2 ni. Dah dekat 4 bln sekolah, Website tak update2 lagi nih. Heeee.....

Thursday, May 14, 2009

Spots the different

Dah lama juga tak berkesempatan nak check emel. Disebabkan streamyx aku kena suspend, plus sibuk dgn tugas kat rumah dan keje sekolah, aku tak dpt cek bebeno sgt. Arini, aku anto dua2 Iman ke rumah pengasuh sebab nak tgk web sekolah, nak print rancangan mengajar dan buat apa2 yg patut. Tadi, baru la sempat buka satu emel. Cik Ly yang kirim ke aku. Aku pun bukak ler. Curious nak tau what are the differences, aku pun download attachment and buka. Puas aku renung gambo tu.... Tak nampak la apa bezanya. So, aku pun klik..... MAK OIHH!!! kering darah weh! Gambo antu kuar... Kelam-kabut aku nak tutup. Pastu prompt lak satu ayat tanya nak save ke tak. Cesh!!!... Kena gak tgk gambo tu yg tgh ketawa berdekah2. Kurang asam ko Cik Ly!!!

Wednesday, May 06, 2009

test jer

Apa yang cuba kulakukan....

May you have a blessing day.
 
Regards,
Norhanim Basiran

There was an error in this gadget