Monday, January 31, 2011

Peluang hantar Sarah

Alhamdulillah, hari ni mama cuti. Jadi, mama beritahu Sarah mama nak hantar Sarah ke sekolah. Sarah senyum lebar.

"Nanti mama ambil Sarah balik sekolah ke?" Tanya Sarah. Nampak sangat teruja.

"Yea sayang. . . " Mama senyum dan mama nampak Sarah senyum sangat lebar.

Mama rancang nak hantar Sarah sampai depan pintu sekolah. Tapi, masa sampai sekolah tadi, bila mama beritahu keinginan mama, Sarah buat muka nak nangis.

Sarah kata, "Sarah nak pergi sendiri."

Jadi, mama lepaskan Sarah pergi sendiri. Sarah salam mama dan adik, masuk pagar sekolah, lambai mama, buka kasut dan masuk sekolah. Huhhu.... Takpe la... anak mama nak belajar berdikari kan... Mama sayang Sarah.

p/s: Mama macam nak kena beli cermin mata baru. Yang lama dah pecah. Abah, kepala mama sakit yang amat ni... macam mana? :P

Thursday, January 27, 2011

Pulun rancangan mengajar dan alat bantu mengajar

Huhu... jam sudah menunjukkan pukul 2.05.... pagi.... PAGI tau! bukan petang... dan aku masih belum tidur.... iskk..iskk... badan dah rasa menggeletar sebab dah letih sangat. Tapi kerja masih belum siap. Esok ada dua kelas nak kena masuk. Darjah 5 dah siap. Darjah 4, tinggal habiskan alat bantu mengajar je... Tapi... aduuuuhaii.... Sakit betul rasanya...
Tengok la ni... tak cukup lantai, meja pun abis bersepah....

Tinggal lagi lebih kurang 3 jam je sebelum pukul 5 pagi. Waktu aku bangun untuk siap ke sekolah. Hmm.... harap-harap sempat tidur... hehehe.... ok... nak sambung kerja....

Tuesday, January 25, 2011

Selamat tinggal sayang

Tajuk macam beria je kan... hehehe.... Lepas lebih tiga tahun berkhidmat, diusung ke KL dengan jayanya, digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat, akhirnya IP1880 aku menamatkan jasanya.... huhuuh.... Dah la memang sangat-sangat memerlukan malam tadi sebab aku nak kena cetak rancangan mengajar. Aduhai.... Mujur juga elaun sudah masuk. Itupun sebenarnya dah bajet untuk benda lain. Jadi, terpaksa la juga keluar malam tadi untuk beli pencetak baru... Terbang juga la RM... huhu...
Alang-alang beli, aku beli yang siap ada pengimbas. Senang esok-esok boleh imbas gambar. Harga Canon MP apa ntah ni ialah RM198. Aku beli sekali dengan dakwat dia saiz XL (15 ml setiap tong) harganya RM165. Aku beli kat Jusco Bukit Tinggi kat E-Life Technology. Kena ingat ni. Nanti nak beli boleh minta harga yang sama. hehehe...

Bakal berkhidmat untuk satu tempoh yang tidak diketahui... Moga-moga dia sentiasa sihat. Amin... :)

Sunday, January 23, 2011

Sudah terhantuk baru terngadah..

Agaknya Syaza memang dah ngantuk sangat kot. Tadi, bila dengar je bunyi loceng aiskrim, adik terus bangun dan berkejar ke pintu. Tapi tak sempat sampai pintu, adik tersadung tikar dan jatuh tersungkur... kepala terus terhantuk kat bingkai pintu... adussss.... mama dapat rasa sakitnya sekali. Terus mama sambar adik dan pangku. Benjol besar! Abah pula cepat-cepat ambil pek ais dan letak kat kepala adik. Sambil meraung-raung sakit, adik tolak juga pek ais tu. Hehehe... Mujur juga dituam. Kalau tidak agaknya, boleh naik sebesar bola pingpong.

Bila mama tunjuk kat adik gambar yang mama ambil (sebenarnya nak tunjuk benjol), adik terus merengek. Ingatkan sebab sedih tengok benjol kat kepala. Adik gosok-gosok mata. Lepas tu tunjuk mata. Rupa-rupanya.... adik nampak kesan mata merah (kesan ambil gambar) kat mata adik. Adik ingat mata adik dah rosak. hahahah... kelakar la...

p/s: Walaupun mama belum siap rancangan mengajar untuk esok (pensyarah mama dah minta. Siap sms mama dan minta dihantar melalui emel lagi... hhuuhu...), tapi mama nak juga kemas kini blog mama. Sebelum mama pulun untuk rancangan mengajar kejap lagi. Between, my blender is not functioning. En. Bard tak nak beli yang baru ke? heheheh... Tak larat nak menumbuk je guna lesung untuk masak.... ahakss...

Thursday, January 20, 2011

Praktikum

Aku mula praktikal di SK kat Klang hari Isnin lepas. Hari pertama melapor diri pun, dah terasa yang diri tak dialu-alukan. GB siap kata lagi yang kehadiran kami ni menganggu kelancaran sekolah. Hari pertama dah dapat jadual. Cuma belum masuk mengajar. Murid-murid semua ok. Tak ada masalah. Cuma sambutan guru-guru pagi kat situ sangatlah dingin dan sombong. Nak dapatkan buku teks pun rasa macam peminta sedekah. Cikgu SPBT sekolah tu macam lari-lari dari membantu kami. Tapi cikgu kaunseling sangat bagus. Macam biasa la. Mereka memahami dan membantu sedayanya.

Tapi semalam motivasi aku turun. Sebabnya GB beritahu satu lagi kenyataan yang macam hampeh je.... Kami diberi dua kelas (berbanding sebelum ni cuma 1 kelas untuk English) dan kena berkongsi dengan guru asal tu. Sebab yang diberi agak menyakitkan hati. "Sayang budak-budak".

Dengan kata lain, guru pelatih boleh merosakkan masa depan murid sebab guru pelatih tak pandai langsung nak ajar. Ooo... kalau macam tu... why did u accept us in the first place? Memang menyakitkan hati... Tapi, terima je la....

Bukan tak suka berkongsi kelas. Cumanya, masalah timbul nanti bila nak menyediakan rancangan mengajar. Guru sedia ada suka guna buku teks. Sedangkan kami tak digalakkan guna buku teks. Jadinya, akan ada pertembungan kat situ. Kami akan gunakan banyak BBM yang mungkin tak kena dengan buku teks. Jenuh juga fikir nak buat macam mana.... Rasa macam nak terbang pergi ke SK Bukit Tinggi. Tapi berangan je la....

Pasal level of English for most of the students, can say average.... However, we still have to use fully English and no translation in Malay.... huhu.... Walaupun GB buat motivasi merudum gila sampai terfikir nak cari rubrik untuk gred gagal... Tapi aku takkan buat masa depan murid-murid tu merudum.... Dan aku macam tak rasa nak belikan hadiah macam SJKT Sg Renggam... Takde hati pun. Menjalani latihan hanya sekadar menjalani latihan. Target Cemerlang tu dah macam tak nampak dah.... Rasa-rasa macam dah tenggelam kat laut kot.... hahahah....

Wednesday, January 19, 2011

Happy 2nd Birthday Little Syaza

Hari ni hari lahir baby Mama yang ke-2. Sekejap je rasanya anak mama dah membesar dan makin bijak. Mama ingat nak catat panjang-panjang dan buat sajak macam mama buat untuk kakak Sarah sebelum ni. Tapi adik la ni dah sibuk nak susu. Jadi mama wants to make it short.

At the age of 2, adik lebih berdikari. Banyak benda yang adik suka buat sendiri. Gosok gigi, makan, mandi, dan banyak lagi yang adik suka buat sendiri. Adik juga sangat suka baby. Hehehe.... nanti yea sayang.... very soon. Insyaallah....

Gaya adik makan sup cendawan sendiri....

Kakak pun dah 5 tahun...baru rajin makan sendiri..

Thursday, January 13, 2011

Sarah dan nombor 3

Minggu ni dah masuk minggu kedua Sarah sekolah. Mama pun tak sempat tengok-tengok lagi apa yang Sarah dah belajar di sekolah. Malam tadi, mama lepak dengan Sarah dan Sarah minta buku dan pen. Mama bagi dan lepas tu mama tengok tv. Tiba-tiba Sarah panggil mama. Suruh mama tengok nombor 3. Mama saja-saja je tengok sebab tak terfikir pun Sarah boleh menulis. Ye la... baru masuk usia dua minggu di sekolah. Tapi memang mama terkejut sebab Sarah memang tulis nombor 3! hehehe.... Nanti mama upload gambar tulisan Sarah yang baru kali pertama muncul tu ek. Ada masalah dengan telefon. Tak boleh nak salin masuk ke dalam blog ni ataupun pemacu keras mama. kenapa entah.

Lepas tu Sarah tulis nombor satu, huruf C (tapi terbalik la pula) dan huruf ) banyak-banyak. Mama rasa seronok tengok Sarah seronok ke sekolah. Sarah tak ada masalah langsung nak ke sekolah. Bukan macam masa Sarah sekolah di PASTI Bt 10 dulu. Barangkali, pendekatan yang diambil guru al-Kindi ni buat Sarah tidak ada masalah untuk sekolah. Kawan Sarah yang gemuk tu pun Sarah kata dah masuk kelas. Minggu lepas, dia tak mahu masuk kelas dan asyik menangis. Jadi, tiap kali datang sekolah, cikgu bagi dia sebakul mainan dan dia duduk main di pintu depan sekolah. Dan semalam, Sarah lapor kat mama yang kawan Sarah tu dah masuk kelas dan mula belajar sama-sama dengan Sarah. Pada mama, itu la cara nak tarik anak datang ke sekolah. Bukannya seret dan paksa si kecil masuk kelas dalam keadaan terpaksa dan menangis. Tentu sekali suasana di sekolah jadi celaru dan haru-biru. Tu tak campur lagi ibu dan bapanya yang susah hati bila si anak tak mahu sekolah keesokan harinya.... Alhamdulillah.... kerisauan mama dah hilang. Mama seronok tengok Sarah nak ke sekolah. :D

Tuesday, January 04, 2011

Sarah sekolah lagi - 5 tahun

Kali ni kali kedua mama sekolahkan Sarah. Kira cubaan kedua la. Tapi kali ni mama hantar Sarah dekat muslim playschool. Mama lebih percaya pada playschool berbanding PASTI yang lebih menekankan akademik. Yurannya lebih mahal. RM475 tapi ia meliputi yuran sekolah bulan Januari dan November. Bulan-bulan, mama kena bayar RM110 sekali dengan kelas IQRA' (Abah kena dulukan duit sebab elaun KPLI mama ditangguh selama 3 bulan. huhuu.... peritnya rasa). Masa mula-mula dulu, Sarah seronok tengok suasana kat sekolah tu. Ada tempat bermain. sayangnya, kali ni mama tak boleh nak hantar Sarah ke sekolah pada hari pertama. Rasanya lepas ni mama dah tertinggal saat-saat manis hantar anak pada hari pertama persekolahan. Sebab nanti, mama akan jadi sibuk dengan anak orang lain pula. Huhu.... takpe la... abah ada kan?
Semalam mama minta abah hantarkan gambar Sarah dengan pakaian seragam sekolah. :D

Ni muka baru bangun tidur. Abah siapkan sarah dan hmm.... rasa lucu tengok Sarah pakai macam ni. Abah masukkan baju dalam seluar. Abah kata, masa kat sekolah, Sarah ok aje. Sebab abah ada. Adik Syaza pun ikut masuk sekali. Adik Syaza nampak lebih berani dari Sarah. Kata abah la. Sampai la balik, abah duduk dengan Sarah. Semalam adalah hari orientasi.

Sarah lepas balik sekolah. Dah ada tanda nama. :D

Hari ni pun hari orientasi. Tapi abah ada kerja. Jadi abah hantar Sarah dan tak dapat tunggu macam semalam. Bila abah nak balik, abah kata Sarah meraung... hehehe... mama dapat bayang macamana rupa Sarah masa tu. Tapi abah balik juga. Mama tak risau sebab mama percaya dengan pendekatan yang digunakan oleh sekolah Al-Kindi Garden tu. Abah kata, bila abah ambil Sarah pukul 10.00, Sarah dah tak nangis. Sarak cakap pada abah, "Nanti abah hantar kakak dan terus balik ye. Jangan tunggu." Sarah kata lagi dia dah ada kawan. tapi tak tahu nama. Entah betul, entah tidak. hehehe... Apapun, mama tahu, esok pagi, Sarah akan susah untuk bangun tidur dan pergi ke sekolah. Sarah kena belajar rajin-rajin. Dan jangan ponteng sekolah.

Saturday, January 01, 2011

Syaza pada usia 23 bulan 15 hari

Pada usia ni, Syaza dah boleh:

  1. Sebut beberapa patah perkataan macam abah, mama, dap (sedap), itut (ikut), cot (opocot) dan ada beberapa lagi yang mama tak berapa nak ingat.
  2. Syaza dah pandai jadi kakak yang baik (petanda nak adik lagi). Syaza boleh jadikan apa aje sebagai baby Syaza. Syaza akan tidurkan dia, tepuk-tepuk dan alunkan zikir. Sejuk hati mama dengar.
  3. Syaza sudah mula belajar berdikari. Makan sendiri, gosok gigi pun nak sendiri (walau tak betul mana), pakai seluar pun kadang-kadang nak buat sendiri. Tidur je Syaza mesti susu dulu dengan mama. :D
  4. Syaza dah pandai marah. Dah pandai backing kakak Sarah kalau gaduh dengan abang-kakak sepupu. Syaza akan tolong nangis sama kalau Kakak Sarah nangis dan sedih. Syaza pun pandai pujuk Harraz atau Piya kalau mereka merajuk.
  5. Syaza dah sebut satu ayat penuh tadi tepat jam 9.00 malam masa mama dan abah tengah seronok tengok cerita Harry Potter and The Half Blood Prince. Abah pura-pura nak ambil air Syaza. Abah merayu-rayu nak air tu. Syaza sebut jelas sangat, "Abah tak payah". Tapi bila abah suruh Syaza ulang balik, Syaza malu-malu. :D
  6. Tahu bezakan apa yang mama dan abah suka dan tak suka Syaza buat. Contohnya, Syaza akan kulum duit syiling dalam mulut kat tempat duduk belakang kereta dan duduk senyap-senyap. Kalau mama atau abah tegur Syaza, Syaza akan cepat-cepat keluarkan duit syiling tu. Macam tadi, masa mama dan abah tengah solat maghrib, Syaza main bunga kaca yang mama letak dalam pasu. Syaza ketuk-ketuk kat lantai. Bila mama dan abah dah nak habis solat (tau pula mama dan abah dah nak habis solat), Syaza letak balik dalam pasu dan duduk dekat riba mama. Mama perasan tangan Syaza merah dengan darah. Tapi Syaza tak menangis pun.
Ni bunga kaca yang Syaza buat main.

Luka kat tangan Syaza

There was an error in this gadget