Segaris pelangi yang aku idamkan dulu,
Kini bagai perlahan berarak pergi,
Satu,
Satu warnanya yang pernah menawan aku,
Pudar dan menyepi,
Ia buat aku tertanya-tanya,
Mengapa ia perlu hadir mewarna ceriaku,
Jika akhirnya dia hilang sepi,
Tiada lambaian (kerana pelangi tidak berlengan?)
Tiada juga ucapan pergi (kerana pelangi tidak berkata-kata?)
Lalu,
Aku bertanya pada hati,
Di mana tempatnya setelah ia berarak hilang?
Hati menjawab,
“Jika pelangi yang pergi itu pernah mewarnai hatimu, simpanlah memori yang manis-manis jauh dimindamu. Moga tika teringatkan yang pahit-pahit, masih ada rasionalmu, untuk menyingkap yang manis-manis tika bersama dulu”.
Aku mengeluh,
Kerana pastinya,
Benakku masih terus memikir,
Saat hilangnya pelangi yang pernah mewarna ceriaku,
Aku benar-benar merinduinya.