Saturday, July 27, 2013

Afiq setahun lima bulan



Afiq dah setahun 5 bulan. Sekejap je masa berlalu. Mama pun tak sempat nak catat perkembangan Afiq setiap bulan yang berlalu. Sibuk dengan macam-macam perkara. Yang mama ingat, Afiq mula berjalan pada usia setahun 2 bulan. Sama macam Kak Ngah. Abah mula bawa Afiq berkunjung ke masjid masa Afiq berusia setahun tiga bulan. Mama ikut sekali. Selalunya mama masbuk sebab nak jaga Afiq dulu. Bila imam dah masuk rakaat terakhir baru mama solat. Dapat la juga pahala solat jemaah kan. Jadi sebaik sahaja imam bagi salam, abah ambil alih jaga Afiq. Kat masjid Afiq akan pusing kawasan solat. Atau kadang-kadang Afiq akan baring sambil golek-golek dekat bahagian belakang jemaah lelaki. Ada masa mood tak baik, Afiq akan menjerit menangis. Masa tu mama tak boleh nak masbuk pun. Jadi bila dah selesai solat, baru mama boleh mula solat. Mama cuba nak biasakan Afiq dengan masjid. Afiq pun nampak tak kekok di masjid. Kawan-kawan Afiq semua budak yang besar-besar. Abah cuma bawa Afiq waktu solat maghrib dan isyak je. Itu pun kalau mama ikut sama ke masjid. Kalau tak, Afiq duduk di rumah sebab tak ada siapa nanti nak tengokkan Afiq.

Bulan puasa ni Afiq tak ke masjid. Mama bimbang Afiq akan ganggu jemaah solat. Lagipun, bulan puasa ni, tok mak kata kawasan perempuan penuh. Jadi tak ada ruang untuk Afiq golek-golek atau menyandar kat tiang. Kat rumah pun, Afiq dah mula buat sikit-sikit pergerakan solat. Ada masa Afiq berdiri sebelah mama atau abah dan ikut rukuk dan sujud. Kelakar pun ada tengok Afiq macam tu.

Sekarang ni, Afiq dah boleh sebut beberapa huruf hijaiyah. Alif, ba, ta, da, ja, ra, lam, mim, nun, wau, ya. Mama ajar mana yang mudah Afiq sebut dulu. Macam huruf alif, ba, ra, ja, ma, Afiq boleh sebut kalau mama tunjuk kad huruf. Afiq pun dah boleh pilih huruf apa yang mama sebut. Alhamdulillah. Mama selalunya tak sempat nak imbas kad semenjak Afiq dah boleh jalan ni. Ada tak ada, mama buka perisian Huruf hijaiyah dalam telefon pintar. Mama tekan hurufnya dan Afiq ikut. Kadang-kadang mama biar je Afiq main. Rancangan mama nak tampal kad huruf hijaiyaj di keliling rumah belum terlaksana lagi. Sebab plastik laminate dah habis dan belum ada bajet nak beli lagi. Yang ada cuma kertas yang sudah mama cetak dan menunggu masa untuk dilaminate sahaja.

Setakat setahun lima bulan ni juga, Afiq masih menyusu badan sepenuhnya. Mama tak campur lagi. Walaupun bekalan susu dah kira kais pagi minum pagii, tapi alhamdulillah, masih cukup. Mama yakin Allah akan bagi cukup. Mama rancang untuk buat relaktasi untuk cuti sekolah dua minggu ni. Moga Allah beri mama kekuatan untuk itu. Mama mengharapkan susu yang meriah macam masa Afiq mula-mula lahir dulu. Mama ada amalkan doa, zikir dan bacaan ayat Quran. Mama ambil ni dari sini.



1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.
2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.
3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.
Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.
1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.
2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.
3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.
4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:”Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
Ayat 72-73 Surah Yasin
5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Air yang mama guna untuk bacakan zikir tu ialah air zamzam. Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi untuk permulaan, susunya lebih sedikit dari biasa. Kalau selalu mama perah dapat la dalam 2 oz. Tapi sejak mula amal ni, naik sikit 1 oz. Kalau mama rajin lagi, insyaallah, rasanya boleh dapat banyak. Cuma nak fokus pada relaktasi tu belum sempat lagi. Kat sekolah memang mama tak sempat nak pam. Selalunya dalam perjalanan balik baru pam. 
Ok. Bila ada lapang lagi nanti mama tulis ek. Pada kawan-kawan, selamat berpuasa. Gunakanlah baki yang ada ni untuk memperbanyakkan amalan. Moga masih sempat. Amin.



Sunday, February 24, 2013

Panna Cotta


Kemas kini blog setelah sekian lama tak menjenguk. Hihi... Blog sendiri dan saya sudah jarang mengemaskini... Bagus kan? Jalan-jalan ke blog kawan-kawan juga sudah semakin jarang. Apapun, atas permintaan sahabat-sahabat, resepi panna cotta ni saya selitkan juga. Sebenarnya belum nak tulis lagi sebab masih belum mendapat ukuran yang betul untuk hasilkan panna cotta yang betul-betul lembut terbentuk dan  bukannya likat. Rahsianya... gelatin dan bukannya serbuk agar-agar. Tapi disebabkan sangat payah nak dapatkan gelatin ni, terpaksa la ganti dengan serbuk agar-agar. Kalau ak juga beli gelatin, sila ke sini yea.

Panna cotta sangat ringkas. Bahannya pun tak banyak. Mudah cuma agak renyah sikit la. Ini resepinya ek.

Panna cotta strawberi (boleh menghasilkan 10-12 panna cotta sebesar bekas dadih biasa)

1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream / heavy cream
4 sudu besar gula
2 sudu gelatin (dicampurkan dengan tiga sudu air panas.)

Sos strawberi
200 gm strawberi segar
Gula (saya tak guna gula dan jus lemon. Ganti dengan sebotol jem stawberi yang masih ada rupa buah strawberi lagi).
Jus lemon sebiji

Cara-caranya
  1. Masukkan susu segar, whipping cream dan gula. Panaskan hingga tepi periuk mengeluarjan buih-buih yang kecil. Tutup api.
  2. Campurkan gelatin yang telah dicairkan dan kacau. Masukkan dalam bekas.
  3. Sejukkan.
  4. Bila nak makan, tuang sos strawberi dan hias dengan potongan strawberi dan daun dia sekali.
  5. Sedia untuk dimakan.


Senang ek? Try la... Worthy it... :D

Tuesday, January 08, 2013

Afiq dah sunat

Ni tulisan tertangguh. Patutya dah lama upload tapi tak sempat. Sibuk yang amat. Tapi hari ni mama buat-buat tak sibuk walaupun banyak sangat benda yang belum dibuat. Takut nanti mama lupa nak tulis dan tak sempat nak kongsikan dengan kawan-kawan.

Yea... macam tajuk tulisan tu. Afiq dah sunat 1 Disember 2012 yang lalu. Masa tu umur Afiq dah cecah 10 bulan lebih. Entah kenapa tiba-tiba pula mama rasa nak sunatkan Afiq. Abah pun setuju. Tak ambil masa lama untuk buat tempahan di Polikilinik Barakah, di Bandar Puteri. Harga RM125. Nurse kat situ pesan suruh datang pagi-pagi. Mama ingatkan tempahan istimewa. Rupanya masa datang tu dah ramai yang tunggu. Ada yang bukan Islam pun turut sama sekali. Ada sorang tu umur sekitar 6 tahun kot.

Afiq mula-mula ok je. Mama pula yang rasa debar dan rasa macam nak cabut je balik rumah. Hihih... Tapi kuatkan semangat. Mama masuk sekali dengan abah dan Afiq. Proses tu ambil masa dalam hampir setengah jam. Sepanjang proses tu, Afiq nangis je. Hihi... Sakit tu mungkin la sikit. Tapi lebih kepada rasa takut dipegang orang yang dia tak kenal. Mama dan abah peluk dan pegang tangan Afiq. Mama zikir kat telinga Afiq.

Lepas habis proses tu, mama terus bagi Afiq makan ubat. Mama disuruh pakaikan Afiq lampin saiz lebih besar. Jadi Afiq pakai lampin saiz XL instead of L. Sepanjang hari pertama, Afiq menangis. Mama assume Afiq trauma. Jadi tak la risau sangat. Afiq asyik menyusu je. Itu je la yang boleh tenangkan Afiq. Itu untungnya susu badan. Menyusu bukan hanya memberi makan pada anak. Tapi juga memberi ketenangan dek hormon yang dikeluarkan ketika proses menyusu tu. Dua-dua tenang.

Hari kedua Afiq dah ok. Tak ada masalah. Cuma mama sedikit ngeri bila nak salin lampin. Pagi tu pergi semula ke klinik untuk buka 'anduh' tempat sunat tu. Sekali lagi Afiq menangis. Agaknya masih teringat-ingat apa orang tu buat kat dia. Sian Afiq. Meleleh-leleh air mata. Tapi habis je proses tu, Afiq terus diam.

Hari ketiga Afiq macam dah ok. Dah mula menyusur. Hari keempat pagi, tempat sunat tu berdarah. Cemas mama dan abah. Bawa juga ke klinik. Tapi doktor kata ok. Takde apa-apa yang nak dirisaukan. Cuma jahitan tercabut dan mengeluarkan sedikit darah. Afiq tak nangis pun. Doktor tu kata patutnya kalau nak sunat kecil-kecil ni, elok masa sebelum dia kenal orang dan sebelum dia mengereng. Sebab senang sikit nak jaga. Kalau dah besar sikit macam Afiq, jenuh nak kelek je sepanjang masa.


Dalam perjalanan nak ke Klinik. Lebar senyum Afiq.

Sepanjang hari Afiq meragam.


Akhirnya Afiq dapat tidur dengan nyenyak pada hari pertama.

Hari kedua Afiq demam sebab selesema. Mama tak larat dokong saja. Jadi mama guna ring sling. Dudukkan Afiq menghadap depan. Lepas tu balut.

Tapi masih perlu dipegang sebab tak begitu kuat. CUma kurang la sikit beratnya. Hihihi...


Apapun, alhamdulillah, Afiq dah ok sekarang. SAngat aktif. Sekarang Afiq sedang belajar huruf hijaiyah. Alhamdulillah, Afiq dah kenal sampai huruf ra. Oh... bulan depan, Afiq sudah setahun. Sekejapnya masa berlalu. Masih terasa perihnya ketika bersalinkan Afiq dulu. Moga Afiq jadi anak soleh dan hafiz. Amin.