Mama nak cerita tentang kelahiran anak syurga istimewa mama
kali ni. Mama katakan istimewa kerana kelahiran kali ni mengulang sejarah
kelahiran mama 37 tahun yang lalu. Cuma alamatnya berbeza. Kelahiran di rumah. Tanggal 1/6/2015 jam 5:10 pagi.
Sejak tahu mengandung kali kelima, mama banyak mencari bahan tentang
kelahiran alami. Banyak bacaan dan pengalaman yang diterokai sama ada di
internet ataupun melalui buku dan pengalaman kawan-kawan. Bila baby masuk usia
36 minggu dalam kandungan, mama pergi kelas AMANI di Seri Kembangan. Banyak yang
mama belajar di situ. Tentang fisiologi tubuh manusia ketika mengandung,
kedudukan bayi, pemakanan dan cara menjaga kesihatan, medical intervention dan
perkongsian cerita pengalaman melahirkan. Seronoknya sebab banyak belajar ilmu
baru.
Balik dari kelas, mama mula merangka birth plan untuk
dibincangkan dengan Dr. Khiriah. Dari berbelas-belas item yang dibincang, tiga
item ditolak Dr. Khiriah – no upright position, a must for syntometrine and vit k. Hati mula belah bahagi. Syaza al
hafizah dan Mufti Afiq memang dilahirkan di klinik Barakah. Selesa dan tenang
di situ. Tapi bila tiga benda penting tu ditolak, mama jadi tersentap sikit.
Cuba shopping gynae lain. Maka mama ke KPJ. Jumpa Dr. Siti Esah. Jawapan pada
birth plan mama masih sama. Tiga item yang sama ditolak. Sudahlah kena bayar
RM266 untuk consultation dengan Dr. Siti (di Barakah, consultation yang sama
dengan gynae, Dr. Khiriah hanya RM70-RM90 sahaja), tapi jawapan yang diterima
mengecewakan. Maka ketika tu terdetik untuk bersalin di rumah. Bila mama
bagitau abah, dia menolak. Risau mama jadi harimau saat akhir dan mahu ke
hospital pula, katanya.
Mama solat istikharah beberapa kali. Setiap kali lepas
solat, mama rasa lebih yakin untuk bersalin di rumah. Malah dah tak terbayang
untuk ke hospital. Mama solat hajat mohon Allah permudahkan urusan kelahiran
baby. Mama minta Abah juga solat istikharah. Dua tiga hari bila mama minta
keputusan, Abah senang menjawab ikut je la... Bersorak mama seronok. Dah tak
terbayang position 45 darjah macam sebelum-sebelum ni.
Kenapa mama pilih tiga item penting tu? Mama mahukan upright
position (tak kira la melutut ke, mencangkung ke, berdiri ke atau apa pun
posisi pro graviti) sebab Mufti Afiq lahir dengan berat 4.16 kg. Mufti Afiq
kena bantuan vakum sebab terlalu besar. Mama yakin kalau dapat posisi pro
graviti, Mufti Afiq akan meluncur keluar dengan senang. Disebabkan anak-anak mama
trend beratnya adalah menaik, maka mama risaukan baby kali ni lebih berat dari
Mufti Afiq. Jadi kalau posisi 45 darjah pastinya akan menjadi payah untuk
mengeluarkan baby. Silap haribulan kena czer. Errkkkk.....
Untuk suntikan kecut rahim, mama kurang setuju sebabnya mama
nak buat DCC (delay cord clamping). Jadi kalau suntik untuk kecut rahim, mama
bimbang kesan sampingan suntikan akan beri kesan pada darah tali pusat dan juga
susu untuk baby. Tak guna buat DCC kalau mama kena cucuk dengan sytometrine tu.
Jadi disebabkan Abah pun dah setuju, mama dengan senang hati
merancang kelahiran senyap-senyap. Langkah ‘beranilah sangat’ ni mama ambil berdasarkan
kesihatan mama dan baby yang sepanjang pemeriksaan tidak mengalami apa-apa
masalah. Alhamdulillah. Berkat penjagaan makanan dan amalan pemakanan sihat
termasuk vco, madu, kurma dan sebagainya.
Kolam comel dan gymball. Muat la masuk tiga orang kanak-kanak.
Kami pun mula shopping barang-barang keperluan antaranya
Chux pad, pool, gunting dan dental floss (sebab dental floss dah abih lama kat
rumah). Chux pad mama beli kat farmasi. Beli yang besar punya. Pool beli di Toy’s
R Us (RM139) dan pam (RM40). Balik rumah, terus pasang siap-siap. Maka pool
comel tu elok je letaknya kejap di alih ke ruang tamu dan kejap diletak atas
katil (sebab rumah kami comel tak besau mana pun).
No comments:
Post a Comment