Ajaibnya kitaran hidup manusia…. Hidup ni pada aku penuh dengan seribu keajaiban. Bermula dengan kelahiran, membesar, menjadi seorang remaja, belajar erti nilai kehidupan, bertukar dewasa dan mula menjelajah dunia sebenar. Menjadi tua, menilai setiap detik yang dilalui sebelum akhirnya kembali kepada Pencipta-Nya.
Hidup aku juga kiranya tak terlepas dari keajaiban itu. Aku dilahirkan penuh seksa oleh seorang ibu, membesar, menjadi remaja yang melalui liku-liku baik buruk untuk belajar erti kehidupan. Perlahan melalui zaman pembelajaran yang kurasa tika itu cukup memeritkan sebelum akhirnya melangkah menjadi dewasa dan mengerti bahawa zaman belajar itu sebenarnya adalah syurga setiap insan. Bekerja mencari pengalaman dan cuba belajar susah senangnya menyara kehidupan sendiri. Berkahwin dan akhirnya, aku kembali ke kitaran permulaan aku wujud di muka bumi. Menjadi ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel (aku kira semua ibu melihat anaknya comel. Jadi, jangan kata aku perasan pula…. ;))
Dunia. Penuh dengan keajaiban, takdir, dugaan dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, aku kira wajar kita sentiasa berfikir dengan kitaran dan keajaiban yang Allah tentukan untuk kita. Walau setinggi mana letak duduknya kita, jangan sampai kita terlupa, kerusi yang kita duduki itu, pemberian tak ternilai dari Allah.
No comments:
Post a Comment