Sunday, November 05, 2006

Iman Maisarah

Genap 40 minggu usia Iman dalam kandungan, aku mula rasa sakit. Mula-mula ingat sakit perut biasa sebab siangnya aku dah puas beraya. P rumah sedara aku, siap singgah rumah Yati lagi makan laksa. Sebenanya aku teringin nak makan kari kat rumah Yati tu. Heheheh….. tapi, mcm malu plak. So, tengok and cium bau je la. Anyway, Yati, sempat la gak ko tengok perut aku yang besa tu ek?
Malam tu, aku sakit, p klinik sat nak tgk betul ke aku dah nak bersalin. Mana la tau sakit perut biasa je. Sat lagi wat penat je merantau ke Putrajaya tp takde apa2. Sepasal nanti aku dapat tido semalam kat wad tanpa apa2 sebab. Then, bila doktor scan, dia kata baby dah turun and suruh p spital.
Apa lagi… syiok je suami aku tekan 120 guna kancil biru redah Kesas highway p Putrajaya. Masuk sanakul 2.30 pg. Aku masuk bilik persiapan untuk bersalin. Doktor pecahkan air ketuban aku and kasi aku ubat untuk buang air besar. Perghh….. lepas tu kelam-kabut aku p toilet and bertapa hampir ½ jam. Hehehhe…..
Then, baru dia bawak aku masuk labor room. Tak lama lepas tu baru suami aku masuk kat labour room tu gak. Duduk la kami berdua kat situ. Aku dok tahan sakit, suami aku dok senyum tgk gelagat aku. Heee…. Mana taknya, dah tak sedar diri pun. Since spital tu takde kemudahan utk epidural, aku terpaksa la sedut gas Enthonox ke, Etanox. Camtu la menurut kata nurse tu. Mula2 aku sedut la tiap kali sakit. Makin dalam aku sedut gas tu, makin terasa sakit lak.
Ada ketikanya, sebab terlalu sakit, aku jadi marah bila suami aku dok hulur gas tu kat aku. Tapi gas ni, bila disedut betul2, kepala rasa pening and ada sikit weng juga…. Jadi mamai la gak. Tapi sakit nak bersalin tu tetap rasa.
Dalam dok sakit tu, kul 6 baru la bukaan serviks aku cukup 10 cm. baru la boleh aku memulakan proses nak meneran Iman kuar. Bukan sekejap. ½ jam baru la Iman lepas kuar. Sepanjang ½ jam tu, aku rasa labour room tu (1 bilik sorang), mcm bertukar jadi tempat orang bersorak. Dua nurse beria2 bg aku semangat suruh aku teran sebaiknya. Suami aku pun siap amik port sekali. Tapi sebab aku mkn last sekali kul 6.30 ptg sblmnya, aku takde tenaga sgt. Tu yang amik masa smp ½ jam.
Sebaik kuar, baru aku rasa lega n hilang suma sakit. Rasa macam tak percaya, aku dah lahirkan baby yang aku kandung 40 minggu. Aku dah dpt pegang dia. Tp tak lama. Nurse bawak kuar utk mandikan dia. Aku lak kena jahit sebab doktor wat episiotomy utk bantu kelahiran.
Iman Maisarah. Anak perempuan aku yang seberat 3.35 kg ni baik sungguh. Kuar tak nangis. Tepuk2 skit, pastu baru nangis. Sekejap je. Then tido je la dia. Meleleh gak air mata. Rasa sebak sebab aku dah jadi ibu. Macam tak percaya pun ada. Lepas tu baru nurse tolak aku masuk ke wad bersalin.
Aku tido semalaman kat wad sebelum doktor discharge aku pagi 31/10/2006. Mmmm…. Cepatnya masa berlalu. Sekarang ni, Iman dah pun berusia 8 hari. Tadi nurse datang. Tgk keadaan Iman. And dia suruh p spital utk amik darah Iman sebab katanya nampak kuning skit. Ntah la. Sebagai ibu, aku cuma mampu doakan dia takde apa2. Biar sumanya selamat. Amin….
Anyway, kalau ada masa nanti aku download gambar Iman ek. Agak malas nak p amik wayar sambung wat itu ini.... hahah.... Harap2nya aku dpt dtg Kino sambil kendong Iman. Teringin nak jumpa abah Ekram. ;)

Ajaibnya kitaran hidup manusia

Ajaibnya kitaran hidup manusia…. Hidup ni pada aku penuh dengan seribu keajaiban. Bermula dengan kelahiran, membesar, menjadi seorang remaja, belajar erti nilai kehidupan, bertukar dewasa dan mula menjelajah dunia sebenar. Menjadi tua, menilai setiap detik yang dilalui sebelum akhirnya kembali kepada Pencipta-Nya.
Hidup aku juga kiranya tak terlepas dari keajaiban itu. Aku dilahirkan penuh seksa oleh seorang ibu, membesar, menjadi remaja yang melalui liku-liku baik buruk untuk belajar erti kehidupan. Perlahan melalui zaman pembelajaran yang kurasa tika itu cukup memeritkan sebelum akhirnya melangkah menjadi dewasa dan mengerti bahawa zaman belajar itu sebenarnya adalah syurga setiap insan. Bekerja mencari pengalaman dan cuba belajar susah senangnya menyara kehidupan sendiri. Berkahwin dan akhirnya, aku kembali ke kitaran permulaan aku wujud di muka bumi. Menjadi ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel (aku kira semua ibu melihat anaknya comel. Jadi, jangan kata aku perasan pula…. ;))
Dunia. Penuh dengan keajaiban, takdir, dugaan dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, aku kira wajar kita sentiasa berfikir dengan kitaran dan keajaiban yang Allah tentukan untuk kita. Walau setinggi mana letak duduknya kita, jangan sampai kita terlupa, kerusi yang kita duduki itu, pemberian tak ternilai dari Allah.