Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan




Ramadhan datang lagi.
Dulu, masa kecil-kecil, Ramadhan agak menakutkan.
Sebab masa bulan ni, tak boleh makan.
Rasa sangat menderita.
Masa tu, tak terfikir pun, memang puasa adalah untuk kita rasa derita mereka yang susah.

La ni,
bila dah besar,
dah mula faham dan tahu kenapa perlu puasa.
Kenapa Allah wujudkan bulan Ramadhan untuk umat manusia.
Ramadhan untuk keberkatan.
Ramadhan untuk kerahmatan.
Ramadhan untuk kesihatan.
Ramadhan untuk kekayaan.
Ramadhan untuk kasih-sayang.
Ramadhan untuk faham-memahami.

Moga Ramadhan kali ni,
kita dapat memperbanyakkan ibadah.
Dapat lebih keberkatan.
Dapat lebih kerahmatan.
Dikurniakan kesihatan yang baik.
Kaya di dunia dan akhirat.
kaya dengan kasih-sayang.
Dan belajar memahami orang lain.
Sebab, walaupun kita ni ditimpa kesusahan,
ada orang lain yang lebih susah dari kita.
Jadi, biarlah Ramadhan kali ini,
kita jadi manusia yang sentiasa bersyukur,
tak kira apapun keadaannya.

Pada pembaca dan rakan-rakan, selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah menambah kekayaan di bulan yang penuh dengan rahmat dan berkat di bulan Ramadhan. Saya mohon ampun dan maaf atas apa jua kesalahan (tak tahu dan tak ingat) sempena Ramadhan Mubarak ek. Selamat berpuasa. Pada kawan-kawan KPLI Jun 2010, nikmatilah puasa kali ini sebaik-baiknya. Puasa terakhir dalam cuti. Insyaallah. :D

1 comment:

gula kapas said...

salam nim, bestnyer dah nak tambah nombor 3 yer (nak girl ke boy? ). Aku punya stok susu ok gak..tapi baby Aqeela tak kuat sangat minum mcm Maya...so max boleh dapat 150-180 ml jer..

Apapun, tahniah yer teacher...bila due?

There was an error in this gadget