Monday, November 14, 2011

Guru bertugas

Aku jadi guru bertugas untuk minggu terakhir persekolahan ni. Yang syoknya, aku memang tak sedia apa-apa pun untuk hari ni sebab ingatkan, aku hanya sekadar guru pembantu je. Rupanya pagi tadi, GPK 1 panggil dan ingatkan tugas aku minggu ni dan ingatkan juga untuk aku beri ucapan. Errk.... sungguh.... aku terkedu. Aku teringat kata-kata Hasniza hari tu yang dia pernah jadu guru bertugas dan berucap depan perhimpunan. Tapi, budak-budak senyap dan tak beri sebarang reaksi. 

Masa perhimpunan tadi, sebagaimana yang telah diduga, pelajar tak banyak beri reaksi. Respon mereka sangat kurang dan aku rasa secara keseluruhannya, mereka tak faham pun apa yang aku cakap. Aduhaii.... Memang sangat payah nak berdepan dengan situasi perbualan itik dan ayam... Tapi, hakikatnya, ini la yang terpaksa aku hadapi untuk tahun akan datang. 

Tugas-tugas yang sudah ada dalam senarai untuk tahun depan adalah guru penasihat untuk Pengakap, Persatuan Bahasa Inggeris, Kelab Bola Jaring. GPK Kokurikulum juga dah beritahu awal-awal yang aku akan jadi ketua penasihat antara tiga tu. Dan tahun depan juga, aku akan pegang jawatan Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Gugup dan takut juga. Bukan senang jadi KP dalam suasana yang begini. Dengar cerita juga peruntukan untuk aktiviti payah untuk diminta. Satu lagi cabaran besar untuk aku. Moga-moga aku mampu bertahan...

Minggu lepas pula, aku baru selesai satu aktiviti RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan). Sekolah aku hantar budak menari untuk tarian melayu. Jadi, sempat la latih buat tarian Lodeh Hai Mak Lodeh. Ingatkan nak buat zapin. Tapi tak sempat sebab langkahnya nampak susah dan perlu masa yang lebih panjang. Alhamdulillah, bukan nak masuk bakul angkat sendiri, tapi sekolah aku dapat pujian sebab tariannya cantik dan menarik. Hehehe... seronok la sikit.








Ni antara gambar yang aku sempat rakam masa nak pergi program RIMUP di SJK (C) Jenjarom. Dapat juga rakam sikit. Agak sedih sebab tak dapat tengok persembahan anak-anak didik aku sebab tengah seronok merakam video, kakak aku telefon. Jadi, rakaman video guna telefon tangan tu terhenti la. Hhuhu... apa pun, ini memang pengalaman yang menyeronokkkan.

2 comments:

HappyIrfa said...

salam kenal buat mama iman..
dr blog cursingmalay.

Mama Iman said...

ooo... tq for dropping by. Sy selalu ke cursing malay. :D

There was an error in this gadget