Semalam aku down. Down memikirkan macamana sebenanya rupa kawan. Susah senang bersama ke? Senang je bersama.. tapi bila aku susah, aku kena faham utk tidak menyeret dia sekali dalam kesusahan aku ke? atau dia sepatutnya tampil membantu bila aku susah? Materially, or psychologically? Ntah la. Suami aku pernah kata, bila dia tgk kawan2 'baik' aku (berdasarkan pengalaman tikaman dari belakang yang seringkali aku alami), dia tertanya-tanya kenapa aku masih mengalami tikaman demi tikaman walaupun aku masih terus dgn sikap timbang rasa dan cuba memahami kenapa aku ditikam. Dan bila dia bandingkan dgn kwn2 baik dia, tak penah plak dia kena tikam.
Aku bergelut dengan bisik2 hati. Mahu lupakan apa yang dia lakukan kerana tidak mahu memutuskan silaturrahim? Bukankah memaafkan itu lebih baik? Tapi, sampai bila aku perlu beralah dan menerima apa sahaja yang orang lemparkan pada aku? Perlukah aku memaafkan? Macamana pula dengan kawan aku tu yang tidak mahu memahami keadaan aku? Macamana? Macamana? Entah la... Aku pun bingung... atau sebenarnya aku bengong...
No comments:
Post a Comment