Kadang-kadang,
kita tak sedar,
hanya dengan kata-kata biasa,
boleh menceriakan hidup seseorang.
Kadang-kadang,
dengan hanya pemberian yang kecil tapi ikhlas,
mampu membuatkan orang yang disayangi tersenyum.
Sebab,
kita selalu fikir,
untuk apa kita berkata perkara yang sama,
kerana ia membosankan.
Kita juga selalu fikir, hadiah dan pemberian,
perlu mahal dan besar,
sebagai tanda cinta dan sayang.
Tapi,
jika kita duduk merenung kembali,
yang kadang-kadang itu,
memberi lebih makna,
dari yang kita selalu fikir.
No comments:
Post a Comment