Dan seperti Sarah, aku tetap berazam nak menyusukan Syaza exclusively. Sebab aku yakin, tiada susu yang setanding untuk diberikan pada anak manusia selain susu ibunya sendiri. Memang perasaan memeluk anak ketika menyusu tu sangat berbeza. Rasa jalinan kasih tu serasa takkan putus. Sebaik lepas bersalin, memang aku penat giler. Tapi berkali-kali juga aku mengingatkan pada bidan dan doktor yang aku nak menyusukan dia secepat mungkin. Since kali ni aku bersalin kat tempat private, so I had to tell them about it. Walaupun ni pengalaman kali kedua, tapi, menyusukan anak bukan perkara yang mudah. Perlukan keazaman dan semangat yang kuat. Syaza pulak, cepat mengenal puting dan menyusu. First hour, dia menyusu agak lama. Lepas tu dia tak nak menyusu dah sampai la hampir 4 jam. Puas aku kejut, dia wat derkkk je....
Ada antara ibu yang kata susu takde. Jadi mereka takleh nak nyusukan anak. But you have to bear in mind that just after giving birth until 3rd day, susu yang keluar adalah kolustrum. Warnanya pekat dan kuantitinya tidaklah sebanyak susu biasa kerana perut bayi ketika tu sangatlah kecil. Jadi, kuantitinya akan memadai untuk bayi itu sendiri. Setiap bayi mempunyai keperluan yang berlainan. Jadi, badan ibu akan ikut keperluan bayinya sendiri. The milk will 'adjust' itself to suit the baby's need. Kekerapan menyusu tidak bermakna susu tidak mencukupi. Kekerapan menyusu bermakna, susu ibu mudah hadam dan bayi itu perlu menyusu sekali lagi dan lebih kerap. Tapi apa yang menyedihkan, bila ibu kurang pengetahuan tentang penghasilan susu ibu dan kepentingannya, mereka ambil mudah dan bertukar kepada susu lembu.
Kolostrum penting untuk bayi. Salah satunya adalah ia mempunyai kandungan imun yang tinggi. Sebab tu, jangan sesekali diabaikan susu pertama ni. Hmmm... kalu aku dok cerita kebaikan dan kepentingan susu ibu ni, berjela-jela tak sudah. Pada sesiapa yang berminat nak menyusukan anak exclusively (tak campur susu lain for the first six month), boleh cuba cari maklumat yang lebih lengkap melalui majalah Pa & Ma, www.momslittleones.com, susuibu.com. Buku panduan juga boleh didapati di http://shop.mypermatahati.com/. Banyak membantu!
No comments:
Post a Comment