Thursday, April 30, 2009
Panggilan Temuduga
Lama dah aku tak jenguk ke blog aku ni. Seperti yang diduga, aku tak berjaya melepasi tahap pertama KPLI. Bila tengok je web tu, ada rasa kecewa sikit. Tapi apa nak buat. Dah bukan rezeki aku kali ni. Aku sekadar merayu je la. Ingat nak pi ke Putrajaya juga kot-kot la aku boleh guna tawaran tahun lepas tu untuk melepasi tahap temuduga pulak kan.
**************************************************
14/4 lepas, kereta suami aku dicalarkan oleh pelajar. Aduuuhaiii.... Sakit juga rasanya. Lucu pun ada. Sebab tengahari tu, aku baru je terdetik dlm hati yang kereta aku setakat sebelum ni mmg tak pernah dicalarkan oleh manusia lagi. Tup... tupp... petang tu aku dapat berita kereta hitam tu kena calar. Memang dalam. Aku tengok pun, dari jauh dah nampak garis. Wat repot polis gak. Citanya panjang. Abis repot polis kul 10 lebih. Cesh! Tak kusangka nak wat repot pun amik masa yang lama. Esoknya, baru dapat tangkap pencalar kereta aku. Bukannya budak kelas hujung yang kami tangkap tu (sebab salah seorang dari lima orang pelajar tu mengaku depan kawan dia yang dia calarkan kereta cikgu - nak tunjuk terer la kononnya). Budak kelas pandai. Bila aku tanya kenapa (sebab aku tak ajar pun kelas dia).... "Saja cikgu...". Huh, Sedap je bunyinya kan? Budak... budak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment