Dah tiga tahun lebih aku tak kena migrain. Bila kena lagi ni, rasanya aduuuuuhai....! Sakit weh! Suma serba tak kena. Sejak Jumaat lepas aku sakit kepala. Siap muntah-muntah lagi. Pastu lepas makan panadol, ingatkan boleh le baik. Tapi tak kurang sikit pun. Aku makan active fast pun sama je. Malas nak p klinik, aku bio je tak makan apa-apa. Ubatnya? Tido je la. Bangun tido dalam sejam ok la. Pastu, sakit kepala datang balik.
Pagi tadi, peringkat paling kejam migrain menyerang aku. Double vision. Masa kena 5 tahun lepas (lepas genap setahun aku keje kat kinokuniya), silau (sort of rasa bahang kat mata) tu bermula dengan titik kecil yang makin lama membesar. Bila double vision tu makin besar, kepala aku pun makin sakit dan pening. Aku baring dan pejam mata, call suami aku minta tolong hantar ke klinik. Dia yang dah suku jalan ke pejabat patah balik (sian suami aku yang mithali ni). Kat klinik, doktor bagi aku ubat migrain. Aku mintak synflex (ubat sakit kepala utk migrain). Pastu doktor bagi aku MC siap. Suruh rehat.
Oleh kerana aku ni cikgu yang baik (perasan kan?), aku pergi juga sekolah dgn kepala yang sakit teramat. Rasa macam nak hantuk2 je kat dinding sekolah. Sakit kepala tu tak pernah kurang sampai la ni. Hmmm... bila agaknya nak baik migrain aku ni....
2 comments:
Uda... sya pon biasa kena double vision nie... tpi tak berserta ngan migraini ( Alhamdulillah..)
paling saya takut bila kena kat opis... sbb mcmana nak drive balik? kalu kena kat umah..mmg tak g keje lah jawabnyer.. sya ingat kita ni dapat dari kuargalah... arwah Tok Bah dulu selalu kena cam ni... arwah Tok Mak kata "gelap mata.." hmmm... kim salam Datin eh...
Double vision ni ganas oh ngah... Nasib baik je saya tak kena selalu. Bila time kena tu kan, rasa cam nak cabut je mata, buang kat tepi. Hehehe... Buleh ke?
Post a Comment