Friday, August 28, 2009

Buka puasa

Macam tahun lepas aku berbuka puasa kat hotel De Palma Shah Alam. Thn ni, kami pi Grand Blue Wave, juga kat Shah Alam. Ok skit dari De Palma. Sengaja aku pilih berbuka di awal Ramadhan sebab murah. First 7 days and last 7 days of Ramadhan, dapat 50% weh! Siapa tak nak! Aku makan 2 org untuk harga sorang for normal price. Harganya RM85++ after diskaun utk 2 org. In terms of food, aku bagi 4 dari 5 bintang. Cewah. Sedap. Byk sgt pilihan makanan. Lepas tu bila abis je, diorang tambah. Ada kambing panggang (yang pada mulanya kusangka rusa sebab tak berbau), western, malay food, chinese, indian, middle east. Air plak ada 5 jenis. air kelapa, soya, oren, bandung and tebu. Aku merasa makan 70% dari lauk2 yg ada. Tembolok ek. Hehehhe... Kemudahan utk solat pun ada. Ruang solatnya mmg luas. Wish to go again. :)

Ni antara hidangan desert yg aku makan. Siap ada sushi tu.... hehehhe...


Abang yang dah tak sabo sgt nak makan. Sarah lak leka main dengan kain.



Yang ni lauk aku. Nasi goreng kampung, kerabu ikan masin, sambal mangga, ayam pontian, kari ikan senangin dan telur ikan. Huhu.... abis lak tu! Lupa nak amik gambo cha kue teow. Perghhh.... meleleh air liurku..... :D

Monday, August 24, 2009

Balik kampung

First puasa aku n family sambut puasa kat kg hubby, Pagoh, Muar, Johor. Kt tmpt Muhyiddin Yasin. hehe... lepas hubby blk keje dlm kul 3 kami bertolak n smp kg dlm kul 6.15. Mcm biasa la. Mandi, pas2 siap utk berbuka. Mlm mcm biasa aku tak pi terawikh (heee.... sian kat aku. Bkn senang nk jumpa ramadhan ni...) sebab jaga anak2. Hari Ahad lps zohor kami bertolak blk ke Telok Panglima Garang.

Sebab smp pun dlm kul 5.30, kami terus p bazar Ramadhan beli lauk utk buka. Masa tgh sibuk2 pilih lauk, adik ipar aku tepon membawa berita buruk.... jeng...jeng... jeng.... laptop aku tertinggal. Uwaaaa.... gundah-gulananya takyah ckp la. Mana taknya, cuti sekolah ni aku nk kena wat website sekolah, siapkan edit buku pts, pastu key in data pelajar. tak ke haru. Sedey weh!

Blk rmh aku termenung la gak. Lepas buka, suami aku dgn selambanya berkata, "8.30 karang kita blk kg". Cm tak caya je aku denga. Terus gegas2 pack blk brg. hehe... smp kt kg dlm kul 11. aku supper jap pas2 tido. pg lps sahur td terus blk rmh. subuh kt ayer keroh. Suma kepenatan. tgk la ank2 aku tergolek dah.

Syaza siap posing sambil tido.

Sarah lak dh tak kata pape...
Untuk hubby yg aku sayang.... mekasih bebyk tlg bw ma blk kg. hehe... luv u.... sian dia. smp rmh terus gegas ke tmpt keje.

Friday, August 21, 2009

Bluesss...

Lepas beberapa hari berita gembira yang aku terima, harini aku terima berita duka. Kecewanya rasa, tak boleh nak kata. Cuba juga aku pujuk hati... Belum rezeki lagi.....

Puasa


Ramadhan datang lagi. Sekejap je rasanya masa berlalu. Petanda akhir zaman. Kali ni kami menyambutnya berempat. Syaza sambut puasa buat pertama kali. Malam tadi dok dengar pengumuman puasa. Itu pun kebetulan terdengar. Tak ingat langsung. Padahal dulu masa kecil2, kami sekeluarga berkumpul nak tengok pengumuman puasa dan raya. Moga Ramadhan kali ni memberikan kami lebih keberkatan dari tahun-tahun sebelumnya. Amin. Pada semua, Ramadhan al-Mubarak. Moga kalian suma mendapat keberkatan dan mengambil peluang kebaikan bulan ini untuk beribadah dengan lebih banyak lagi. Selamat berpuasa!

Wednesday, August 19, 2009

Fire Drill

Tahun ni akhirnya dapat juga pelajar sesi petang belajar camna nak hadapi kecemasan masa kebakaran. Seronok juga. Bila time loceng kecemasan berbunyi, bebudak ni berbaris kat luar kelas and jalan ramai2. Maunya diorang tak seronok. Takyah belajar. Nak lak kena waktu petang dalam kul 5 lebih. Mood nak balik tu dah ada. Ramai juga yang ikut arahan guru. Tapi ada gak yang dok bantai makan kerepek kat koridor tingkat 4 sambil tengok kawan2 dia tgh berjujai-jujai p kat padang. Yang tak reti bahasa ni siap cakap lagi, "Takde kebakaran pun cikgu. Mana apinya?". Hmmmpphhh.... Budak.... budak....

Ni selepas suma keadaan tenang dan guru-guru kelas pun selesai periksa kedatangan pelajar



En. Saim, pegawai bomba sedang beri taklimat macamana nak selamatkan diri daripada kebakaran.




Guru-guru pun turut sama dengar.





En. Saim tengah dok tunjuk kat cikgu2 camna nak guna pemadam api jenis serbuk. "Tarik pin ni ye cikgu"



"Lepas tu cikgu angkat pemegangnya, macam ni..." "Ooooo...", kata cikgu2.



"Pegang betul2 kat muncung dan hala dalam 7-8 kaki dari api mengikut arah angin yea cikgu". CIkgu2 pun ooooo lagi.




Keadaan tong api dan pemadam2nya.



Tong mula marak dgn api


Fazida selepas misi memadamkan api.



Aku lak beria-ia nak padam api. Siap kena booo dengan budak sebab api lambat padam. Huhu....
Misi selesai.


Ni turn Hussaini. Pelajar aku yang malas amat nak blaja. Kaki borak dalam kelas.
Kengkawan panggil dia Bayam.




"Bayam! Bayam! Bayam"

Friday, August 07, 2009

Beskal yang ajaib (sebab takleh gerak)


Akhirnya, tercapai gak ahajt suamiku nak beli beskal tak bergerak. Supaya dia blh dok kayuh2 exercise and at the same time dapat basuh baju and tgk tv. hehhe.... Aku pun tumpang sekaki gak. Baru je mula semalam. Satu hari, 1 km je aku pegi. Lebih aku tak larat. Suami aku dok tarik beskal tu kat dpn tv. Jadi dpt la dia tgk tv. Aku malas nak wat byk2 keje. Jadi aku dok je kayuh kat dlm bilik bosan. SAmbil baca asmaul husna, (supaya aku leka dan dan asyik tgk kat panel tu je sebab nak tunggu 1 km), aku dok kayuh. Penat gak weh!. Ketar lututku. hehehe.....