Friday, August 28, 2009

Buka puasa

Macam tahun lepas aku berbuka puasa kat hotel De Palma Shah Alam. Thn ni, kami pi Grand Blue Wave, juga kat Shah Alam. Ok skit dari De Palma. Sengaja aku pilih berbuka di awal Ramadhan sebab murah. First 7 days and last 7 days of Ramadhan, dapat 50% weh! Siapa tak nak! Aku makan 2 org untuk harga sorang for normal price. Harganya RM85++ after diskaun utk 2 org. In terms of food, aku bagi 4 dari 5 bintang. Cewah. Sedap. Byk sgt pilihan makanan. Lepas tu bila abis je, diorang tambah. Ada kambing panggang (yang pada mulanya kusangka rusa sebab tak berbau), western, malay food, chinese, indian, middle east. Air plak ada 5 jenis. air kelapa, soya, oren, bandung and tebu. Aku merasa makan 70% dari lauk2 yg ada. Tembolok ek. Hehehhe... Kemudahan utk solat pun ada. Ruang solatnya mmg luas. Wish to go again. :)

Ni antara hidangan desert yg aku makan. Siap ada sushi tu.... hehehhe...


Abang yang dah tak sabo sgt nak makan. Sarah lak leka main dengan kain.



Yang ni lauk aku. Nasi goreng kampung, kerabu ikan masin, sambal mangga, ayam pontian, kari ikan senangin dan telur ikan. Huhu.... abis lak tu! Lupa nak amik gambo cha kue teow. Perghhh.... meleleh air liurku..... :D

3 comments:

fuzidss said...

yang penting sedap... tapi berapa banyak sangat pun boleh makan. Akak makan kurma, dan nasi seseduk dah kenyang dah. Next week, on 9 Sept akak ada gathering with old fren at Sheraton. Unitar group. Tak sabar nak pi jumpa depa tapi malas betul nak pi sheraton subang tu... kan best kalu makan di serve. he he

Mama Iman said...

Mmg time2 puasa malas nak gerak ke mana2. Memikirkan trafic dan crowd yang melampau mmg blh membantutkan rasa nak kuar. Tp since kami dah kuar dari pagi, alang2 terus je la kuar.

Tokey Kedai said...

crocs on sale for hari raya!!!
do visit us.. =)

There was an error in this gadget