Tuesday, January 12, 2010
mommiesnkiddies
alhamdulillah, akhirnya impian aku jadi kenyataan. Aku dh ada 'kedai' sendiri. Untuk permulaan, aku cuma ada koleksi tudung dan baju baby. Harap-harapnya item2 kat 'kedai' aku tu nanti akan bertambah dari masa ke semasa. Datang la ek. www.mommiesnkiddies.com. La ni tgh ada diskaun smp 10/02/2010
Monday, January 11, 2010
Ketam Minyak
Aku cuba gak cari gambo ketam minyak tu tapi tak jumpa yang belum dimasak. Masa belajo dulu, aku ada come across jenis2 binatang yang haram dimakan. Antaranya adalah yang hidup dua alam. Mengikut hemat aku, ini termasuk la ketam minyak. Ala... ketam yang hidup lagi tu. Yang selalunya kalau nak beli, ketam tu diikat penyepitnya supaya dia tak sepit orang. Kalau aku tak silap, ketam tu tak leh dimakan sebab dia hidup di darat dan juga dalam air. Walaupun namanya ketam, tapi kalau ikut prinsip asas haiwan yang haram dimakan, mmg tak leh nak makan menatang tu. Tapi tadi masa dok tgk tv cita World cafe Asia, nampak lak chef Wan dok beli ketam tu kat pasar and masak sekali dengan Bobby Chin. Errr... aku confuse la....
Thursday, January 07, 2010
SMK Kampung Jawa
First time masuk, mmg rasa takut gak. Sebab mcm2 cita aku denga pasal SMKKJ ni. Tapi, bila dah masuk, rasa ok je. Since aku dah ada pengalaman mengajar, takde la terpinga-pinga masuk kelas. Overall, ok je. Aku tak menghadapi masalah. Lagipun aku start kat situ 0. Takde pegang apa2 jawatan penting atau buat keje2 yang penting. So far rasa agak selesa sebab dah dua tahun aku jadi sibuk dan tak teratur kat SMKJK sebab banyak keje nak kena buat.
Bukan aku tak suka kat SMKJK. Banyak kenangan manis dan kawan2 yang menyenangkan hati kat situ. Tapi, kalau hanya kerana aku melawan cakap sedikit dengan pentadbir, dan kemudiannya segala jasa dan bakti aku sepanjang dua tahun tu terus luput, mmg Z tu takde hati perut dan hanya ikut rasa amarahnya bila dia buat keputusan.
Cuma di SMKKJ, satu je aku tak suka. Jam!!! Traffic jam!!! huhu... tension rasa. 40 minit br smp rmh. All in all, alhamdulillah. Aku tetap bersyukur dgn rezeki ni.
Sunday, January 03, 2010
Hari Persekolahan Sarah - Sarah dah 4 tahun
Semalam mama dah ingatkan Sarah suruh tido awal. Tapi sebab Sarah sekarang dah biasa sgt tido lambat, jadi nak bangun pagi tadi susah sangat. Sarah bangun pagi pukul 7.30. Syaza pun dah bangkit pagi2 lagi. Pukul 8 tadi kita pi sekolah. PASTI al-Hidayah kat Batu 10 Kebun Baharu. Yuran tadi mama bayar RM247. Bulan2 nanti campur kelas Iqra dalam RM65. Setakat sebelum ni, Sarah dah kenal huruf alif sampai ya. Tapi bila part baca huruf yang byk2 tu, mmg kelam-kabut. Hehehe... Masa mama tengah bayar yuran tadi, Sarah bisik kat mama yang Sarah nak masuk dulu. Waaa.... cam dah seronok sangat nak sekolah. Maybe sebab kakak Yana ada sekali. So, Sarah mmg excited. Hopefully esok Sarah sekolah dengan seronok dan tak nangis. Hmmm.... anak mama makin besar nampaknya. :D
Sekolah hari ni tak lama. Lepas register tadi, kita terus balik. Singgah rumah tok mak dan ummi jap. Pastu kita balik rumah. Tengah tengok2 tv, Sarah terlelap. Lama gak. Abis posisi baring, posisi duduk. Tengok la tu. Penat sangat la tu. Mama pun tak tergambar esok camna kalau malam ni Sarah tido lambat lagi.
Sarah terlelap masa tengah tengok cita Chuggington. Tu la... suruh tido awal taknak.
Saturday, January 02, 2010
Syaza dah tumbuh gigi
Syaza dah mula melangkah skit2 semalam. Arini plak mama baru noticed Syaza dah tumbuh gigi. Gigi kacip dua batang kat rahang bawah. Lambat juga gigi Syaza tumbuh compared to Kak Long Sarah. Bila dah ada gigi ni, mama nak kena berus gigi la pulak. Cuma Syaza susah sangat nak buka mulut. hmmmm..... lain dengan Kak Long Sarah.
Subscribe to:
Posts (Atom)