Sunday, January 03, 2010

Hari Persekolahan Sarah - Sarah dah 4 tahun

Semalam mama dah ingatkan Sarah suruh tido awal. Tapi sebab Sarah sekarang dah biasa sgt tido lambat, jadi nak bangun pagi tadi susah sangat. Sarah bangun pagi pukul 7.30. Syaza pun dah bangkit pagi2 lagi. Pukul 8 tadi kita pi sekolah. PASTI al-Hidayah kat Batu 10 Kebun Baharu. Yuran tadi mama bayar RM247. Bulan2 nanti campur kelas Iqra dalam RM65. Setakat sebelum ni, Sarah dah kenal huruf alif sampai ya. Tapi bila part baca huruf yang byk2 tu, mmg kelam-kabut. Hehehe... Masa mama tengah bayar yuran tadi, Sarah bisik kat mama yang Sarah nak masuk dulu. Waaa.... cam dah seronok sangat nak sekolah. Maybe sebab kakak Yana ada sekali. So, Sarah mmg excited. Hopefully esok Sarah sekolah dengan seronok dan tak nangis. Hmmm.... anak mama makin besar nampaknya. :D


Sekolah hari ni tak lama. Lepas register tadi, kita terus balik. Singgah rumah tok mak dan ummi jap. Pastu kita balik rumah. Tengah tengok2 tv, Sarah terlelap. Lama gak. Abis posisi baring, posisi duduk. Tengok la tu. Penat sangat la tu. Mama pun tak tergambar esok camna kalau malam ni Sarah tido lambat lagi.

Sarah terlelap masa tengah tengok cita Chuggington. Tu la... suruh tido awal taknak.



Syaza pun lelap awak juga.

No comments: