Tuesday, July 13, 2010

Syaza dapat ibu baru

Alhamdulillah, Allah sentiasa bantu aku dalam apa jua keadaan. Bila stok susu Syaza merosot, aku mula terfikir untuk campur susu (EBM + FM) sebab aku tak mampu nak penuhi kehendak dia yang minum sehari 5 botol 4-5 oz. Sedangkan sehari aku cuma dapat pam paling banyak 12 0z. Belek punya belek, aku tergerak buka blog Aja. Tengok dia tengah buat clearance sale. Antara barang yang ada ialah EBM. Mak aih! Aku apa lagi... terus tanya Mr. Hubby tentang hajat nak cari ibu susuan Syaza. Mr. Hubby just nodded. Terus aku hubungi Aja... Aja pun sangat setuju dan kami pun akhirnya bertemu....

Whoaa.... memang Allah sentiasa permudahkan kita kalau kita memang minta dari Dia.... Stok yang aku dapat memang cukup untuk sebulan lebih. Jadi, aku masih terus memerah susu untuk memastikan Syaza masih ada bekalan susu yang segar setiap hari. Alhamdulillah... Terima kasih yang tak terhingga pada Aja yang sudi membantu. :D

No comments:

There was an error in this gadget