Aku kira, menjelang bina insan guru hujung bulan ni, aku tak mampu simpan stok macam masa orientasi dulu.... Siapalah yang sudi jadi ibu susuan anak aku ni ek? huhuu.....
Wednesday, July 07, 2010
Waktu sibuk bermula
Seminggu lepas orientasi pelajar baru, aku memulakan waktu sibuk aku. Hidup bermula seawalnya jam 5 pagi. Bersiap, dan tak lupa juga rutin mengepam. Lepas tu pukul 6.15 dah keluar. Keluar awal untuk elak kesesakan yang teruk. Sampai maktab dalam pukul 7.20 pagi. Sarapan, lepas tu kelas bermula pukul 8.00. Pukul 10 pagi rehat. Then the classes continue. Pukul 1.00 aku bergegas lagi untuk makan tengah hari. Sempat juga melalui satu lagi sesi mengepam. Kelas habis pukul 4.30. Sambung pula dengan aktiviti kokurikulum. Buat masa ni, aktiviti habis pukul 5.30 petang. Lepas aku solat asar, aku sambung mengepam susu secara bebas tangan masa memandu pulang. Huhu.... stok susu makin susut. Dan aku cuma mampu mengumpul sebanyak 3 botol sahaja sehari sedangkan Syaza menyusu 4 - 5 botol sehari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment