Tuesday, August 24, 2010

Pergi tak kembali

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan sudah pasti pada Dia juga kita kembali. Bukan mudah menerima perpisahan kekal sebegini. Kali ni, titipan ini aku tujukan khas untuk adik tersayang, Hafizah. Sekadar rentetan, berita gembira diterima lebih kurang tujuh bulan dahulu bila dia disahkan mengandung kali ketiga. Namun berita ini tidak lama. Ketika usia kandungan mencecah 7 bulan, adik aku menerima berita sedih. Anak di dalam kandungannya telah pergi buat selamanya pada 8/8/2010. Tetapi Muhammad Amir Iskandar bin Shaiful Azam hanya keluar dari rahim ibu pada 23/8/2010.

Sebagai ibu, aku dapat rasakan kepedihan adik aku. Tapi cukuplah aku pendam sendiri sebab aku pun tak nak dia terlalu bersedih. Yang pergi tetap pergi. Mungkin Amir dah rasa bahang hidup di dunia. Jadi dia tidak sanggup merasainya lantas kerana itu Allah menjemput dia lebih awal. Aku sendiri sempat menyaksikan tubuh comel Amir. Sebak memang sebak. Sedih apatah lagi. Cuma aku perlu kuatkan semangat untuk sama-sama menyokong adik tercinta.... Apa yang pasti, sudah ada bidadara comel yang menanti dia dipintu syurga. Ya Allah... moga kau tabahkan hati adikku dan keluarganya.... Kuatkan hati mereka dalam menghadapi cabaran hidup ini. Moga kau tambah lagi nikmat dan iman dalam diri mereka. Amin...

2 comments:

noorulaz said...

Saya pernah ada pengalaman itu, usia baby 23mggu dlm kandungan. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

Mama Iman said...

Betul tu... sy yg dok pk2 ni pun dh terasa sebak, apatah lg yg menanggung. tq. noorulaz.. :D