Alhamdulillah. Lamanya mama tak
menulis semula. Kali ni mama nak cerita tentang ahli keempat keluarga kita.
Mama seronok sangat bila dapat tahu ahli keluarga kita bakal bertambah. Lebih
seronok sebab kali ni mama tak alami apa-apa alahan. Cuma mama sangat letih
sejak kebelakangan ni. Berita gembira bermula pada 3 Februari bila Doktor
Rosnah beritahu yang garisan kabur pada pregnancy test kit tu bermaksud
peratusan mama mengandung adalah tinggi. Doktor suruh sahkan lagi kemudian
nanti. Jadi dia bekalkan lagi satu kit untuk mama test sendiri di rumah.
Tiga
hari kemudian memang sah positif. Semua orang seronok. Hari Ahad 9 Februari
kita semua pergi ke Poliklinik Barakah. Doktor Khiriah scan perut mama. Nampak
karung baby kecil je. Doktor kata baru 5 minggu. Jadi tak boleh sahkan EDD.
Doktor suruh datang lagi another next two weeks. Sarah dah siap sediakan nama
untuk adik baby. Katanya kalau lelaki, nama dia Muhammad Arif Iskandar. Syaza
mesti cium perut mama setiap hari.
Tapi tak sampai seminggu, Allah
uji kita. Hari Rabu masa mama nak hantar kakak ke sekolah mama rasa mama
bleeding. Berderai air mata mama bila mama periksa dan tengok banyak darah yang
keluar. Abah gegas balik dan bawa mama ke Klinik Rosnah. Doktor periksa dan
kata masih ok. Mama sedikit lega. Namun petang tu, masa maghrib, makin banyak
keluar siap dengan ketul darah kecil-kecil. Mama hujan lebat. Mata mama
bengkak.
Pagi 12 Februari mama ke Poliklinik
Barakah lagi. Scan. Karung adik baby dah tak secantik semalam. Doktor kata most
probably miscarriage. Mama dah puas menangis semalam. Jadi mama ok ok je. Doktor
pesan kalau dah keluar seketul darah, baru datang lagi untuk scan sahkan
keguguran dan doktor akan bagi MC untuk dua minggu.
Petang lepas hantar tok mak
dan tok yah menunaikan umrah, mama rasa ada benda keluar dari rahim mama. Saat
tu mama rasa sebak. Anak yang mama kandung dah pergi jauh dari hidup mama.
Sampai kat masjid, mama bersihkan diri dan balut ketulan darah tu. Sebak. Sedih
sangat. Itulah sahaja masa yang Allah berikan untuk mama mengandung anak
keempat mama. Dari hari mama tahu 3 Februari hingga 12 Februari. Satu masa yang
singkat namun indahnya mengandungkan anak keempat mama kali ini, hanya Allah
yang tahu. Alhamdulillah, walaupun singkat, mama tetap bersyukur dikurniakan
rezeki yang satu ini. Hadirmu senang dik. Mama kandung kamu juga senang. Dan
pemergian kamu juga senang. Alhamdulillah. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Ar-Rabi'
mama pergi menghadap Penciptanya.
4 comments:
salam takziah...sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang bakal terjadi..kitorg dulu keguguran kandungan yang pertama..lagi sedih...tapi Alhamdulillah dah dapat 4 orang ni...
Salam Dik... segala nya pasti ada tersirat. In SyaAllah pasti terbaik buat mu Kelak.
terima kasih infonya.....
Play Real Money Slots for Real Money in 2021 - JtmHub
Real 당진 출장마사지 money slot machines are the latest and most popular game genres, offering 상주 출장안마 a wide range of entertaining 수원 출장안마 and 영주 출장샵 exciting casino games available to 군산 출장마사지 play online.
Post a Comment