Saturday, June 13, 2015

Anak kelahiran di rumah.... Final part

Minggu ke 37 baby,

Mama sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di sekolah. Minggu-minggu akhir ni mama gagahkan diri turun naik kelas tahun lima di tingkat 4 dan tahun 3 di tingkat 2. Memang letih dan agak seriau naik tangga yang agak licin dan curam. Tapi mama kena kuat turun naik dan jalan untuk bagi baby cepat engage. Braxton Hicks agak membantu mama belajar mengawal  pernafasan.

Minggu ke 38

Latihan sukan bermula. Masa ni mama cuba bergerak ke hulu ke hilir untuk pastikan diri kekal cergas dan sihat. Bila rasa nak mula selesema, mama top up dengan high dose of vitamin C. Minum air kelapa muda setiap hari dan tak pernah tinggalkan Madu Qaseh. Braxton Hicks yang macam real setiap setengah jam satu datang pada malam 25/6 dan memang dah rasa nak bersalin. Kecewa yang amat sebab elok je jam 5 pagi, rengat hilang. Semalaman tak tidur. Tapi terpaksa juga menguatkan semangat, bangun dan bersiap ke sekolah. Huhuhu... Sudahnya mama terlelap di tepi padang di hadapan khemah dalam keadaan cuaca panas sebab ngantuk punya pasal.

Minggu ke 39

Latihan sukan masih terus berjalan berserta raptai sukan. Braxton Hicks jadi peneman sepanjang minggu ni. So, dah rasa macam hilang harapan. So just go with the flow je. Time malam menjelang, rasa sesak dada sebab nervous menanti waktunya. Check up 27/5 berjalan seperti biasa. Dr. Khiriah kata baby semua ok. Air ketuban pun ok dan tiada masalah. Mama makin yakin dengan keputusan yang mama buat. Dah terbayang mama dok dalam pool. Yup. Visualisation. Heeee....

30/5/2015

Hari pertama cuti pertengahan penggal. Hari Sukan Sekolah. Mama sibukkan diri ke hulu ke hilir. Nak pastikan mama terus bergerak walaupun kaki mama dah macam kaki gajah. Bengkak tak payah cakap la. Selipar pun memang dah tak muat. Sukan hari tu berakhir tanpa ada sebarang tanda lagi. Agak ngeri bila memikirkan adakah mama masih digelar ibu mengandung pada 3/6 nanti sebab hari tu adalah next check up. Kalau kena induce? Errkk....

31/5/2015

Mama ajak abah ke Pesta Floria di Putrajaya. Saja ajak jalan-jalan. Mama bukan peminat bunga. Tapi nak mencari track untuk jalan-jalan. Since kami bukan jenis outdoor person, bercuti di Pesta FLoria memang sesuatu yang rare yang pernah kami buat. Muka anak-anak merah padam sebab kepanasan dan penat. Ikutkan hati mama masih boleh lagi nak jalan-jalan. Tapi kesian tengok anak-anak. Makanya jam 2 kami balik ke rumah. Rehat-rehat dulu. Malamnya kami ke Damansara. Ambil Tonik Tuan Haji. Sampai rumah jam 11:00 malam. Mama sempat lagi message big boss minta pengecualian untuk hadir ke mesyuarat pagi esok sebab kaki mama dah bengkak macam gajah. Bimbang kalau duduk je kat bilik meeting, mama tak boleh berjalan pula. Tapi dia tak reply. Waktu ni pun, mama dah mula sakit-sakit sikit. Mama buat tak tahu dan tidur mengiring ke kiri.

1/6/2015 2:30 pagi

Mama terjaga. Sakit masih terasa. Terus bangun dan pusing-pusing kat bilik. Abah mama tengok tidur dengan nyenyaknya. Mama message dia langsung tak terbangun. Entah kenapa kali ni mama baringkan kolam mandi yang mama simpan menegak sejak mula dipam. Lepas tu duduk dekat gymball menahan rengat. Hampir setengah jam, sambil cuba kejut Abah.

3:15 pagi

Abah bangun sebab mama suruh dia tidur kat atas katil dalam bilik (kita selalunya tidur di ruang tamu). Dia cuma menurut.  Rasa mengantuk membuatkan mama baring kat sebelah dia dan mengiring ke kiri. Lepas tu mama minta Abah isi air dalam pool. Sementara dia isi, mama terlelap kejap. Terjaga setiap kali surges datang. Lepas tu lelap balik.

4:00 pagi

Tetiba macam ada rasa nak meneran. Mama terjaga dan terus masuk pool. Masa ni Abah dah siapkan aromatherapy, pasang alunan bacaan Quran. Mama layankan surges dengan J-breathing. Sambil makan kurma dan minum air selusuh. Langsung tak tengok jam and count the timing. Takut ternanti-nanti dan hilang motivasi. Keluar masuk kolam ke bilik air sebab rasa macam nak buang air besar dan buang air kecil. Tapi takde pun. Surges makin lama makin kuat. Abah bantu usap kepala dan jadi tempat mama berpaut tiap kali surges. Ada masa pernafasan mama ke laut. Ada masa ok. Tengok air dalam kolam pun dari bersih dah mula nampak ada benda-benda asing. Bila tengok ada keluar darah, mama mula rasa seronok. Betul la ni dah nak bersalin. Rasa seronok sebab hari ni mama tak payah pergi meeting. Hahahha....

5:00 pagi

Air ketuban pecah sendiri. Bunyi pop kuat dan mama tengok air dalam pool tak tukar warna apa-apa pun. Alhamdulillah, baby ok. Masa tu sakit dah tak ingat dah. Cuba sedaya upaya untuk bagi otot muka longgar supaya baby senang nak keluar. Tak lama baru terasa ring of fire. Pedih. Mama bagitau Abah baby dah nak keluar.  Tapi bila sentuh, kepala baby belum keluar sepenuhnya. Rasa rengat datang lagi dan mama rasa macam nak meneran. Dah tak boleh nak control pernafasan. Cuma ingat nak push the baby out. Masa tu baru terasa kepala baby dah kat bawah. Mama jatuhkan badan supaya cecah air. Dah tak mampu nak pegang kepala baby pun. Memang rasa baby pusing untuk lepaskan bahu dan plup.... baby keluar meluncur dalam air. (5:10 pagi)  Perghhh... terus lega...

“Abang, baby dah keluar. Tolong ambil” Tu je yang mama mampu cakap. Abah ambil baby dan letak atas dada. Mama pun dok bersandar kat pool. Baby keluar elok dan tak menangis. Dia pandai pula hisap tangan. Comel sangat. Allahuakbar.... Subhanallah.... Abah sempat kejutkan Maisarah Daie dan Syaza al Hafizah. Excited diorang tengok baby dah keluar.

5:20 pagi

Rasa rengat datang lagi. Kali ni urusan uri pula untuk keluar. Mama minta Abah ambilkan air panas. Sempat juga minta dia message Yat tanyakan tips bagi uri keluar. Yat suruh mama tukar posisi dari bersandar ke melutut. Sama macam masa nak keluarkan baby tadi. Jadinya dengan bantuan Abah, mama melutut. Tak lama lepas tu uri keluar elok masuk kolam. Mama terus minta tapis untuk masukkan uri dan letak baby atas tilam. Uri keluar sepenuhnya 20 minit lepas baby keluar. Abah azan dan iqamatkan baby serta tahnik sementara mama mandi wiladah.

Alhamdulillah, syukur yang amat sebab mama melalui tiga peringkat kelahiran dengan mudah dan selamat. Subhanallah. Yakin Allah mudahkan kelahiran kali ini. Tali pusat baby dipotong pukul 6 pagi. Lepas siap  mandi, mama susukan baby. Abah kemas pool dan lepas tu baru solat subuh.


Mak dan kakak mama kalut-kalut datang bila kami announce baby dah selamat keluar di rumah. Hihii... Pukul 1 tengahari baru ke klinik selepas rehat-rehat jap di rumah. Dr. Khiriah tak ada. Dia ada czer case. Jadi staff nurse yang buat post natal checkup dan baby. First degree tear bahagian kulit. So mama declined stitches. Yg lain semua ok. Baby beratnya 3.7kg. The biggest among my girls. Hihhi....
Baby Iman. Fresh from oven. Abah tengah potong tali pusat.


Baby Iman. Hari keenam sekepas dibotakkan.


4 comments:

rose said...

Subhanallah. Indahnya kelahiran iman. Semoga saya melalui pengalaman yg sama :)

Dayu said...

Tahniah kak hanim. Allah Maha Besar
Didoakan kak rose pon mendapat kelahiran yg selamat dan dipermudahkan segala urusan

AMIIZAA@Mieja said...

salams hanim

tahniah....satu kejayaan yg sangat besar melahirkan dirumah
tahniah sekali lagi...alhamdillilah.....tumpang berbangga:):)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)