Wednesday, March 11, 2009

Anak... oh anak...

Kepada yang bergelar ibu atau bapa atau hampir2 mendapat gelaran terhormat tu.... ini la pesanan aku. Hati-hati bila berkata-kata di hadapan anak2mu. Begini ceritanya....

Semalam, aku minta tolong Sarah ambilkan pinggan kat rak. Dia boleh balas kat aku balik, "Jap... jap... Sarah tengah buat keje ni." Terdiam aku sambil tengok keje yang dia buat. Cuma sekadar main blok ABC dia tu. Tapi perkataan sekejap tu membuatkan aku terfikir balik. Itu la perkataan yang selalu aku ucapkan tiap kali dia minta tolong sesuatu. Akhirnya.... kena balik kat aku. Tak boleh jadi ni. Aku kena cari cara lain untuk menangguhkan sesuatu pekerjaan.

Satu lagi, aku selalu larang dia cakap gila. Budak kecil. Tau je la. Cepat meniru. AKu katakan pada dia, tak baik cakap perkataan tu. Satu hari, dalam kereta, aku tengah berborak2 dengan suami aku. TIba-tiba, sebuah kereta memotong kereta kami dengan cara yang berbahaya.

Spontan aku bersuara, "Gila betul kereta tu! Bawa macam pelesit!".

Sarah spontan juga membalas, "Mama, tak baik cakap gila tau. Nanti Sarah cili mulut mama!"

Sekali lagi aku terdiam dan kemudian ketawa. Padan muka aku!

No comments:

There was an error in this gadget