Tuesday, March 17, 2009

Geng


Dah lama sangat aku tak jejakkan kaki kat panggung wayang. Last sekali rasanya ada la dalam tiga tahun lepas. Cerita pasal perang Salib. Aku pun dah lupa apa tajuknya. Ada watak Salahuddin al-Ayubi. Aku tengok dengan Jeniffer. Masa tu keje kat Kino lagi. So, Ahad lepas, sempat gak la bawa my two kiddies tengok cita Geng. Not bad. Sarah pun terpaku juga sejam yang pertama tengok cita tu. Lagi pulak bila abah dia kata tv besar tu dia sewa untuk Sarah. Tersengih-sengih dia tonton filem tu.

My comment? Not bad. Cerita tu hidup dan kelakar. Memang sesuai untuk tontonan waktu lapang. Cita tu sarat dengan nasihat dan tauladan. Bukan hanya sekadar cerita. Memang sesuai sangat untuk ditonton oleh kanak-kanak. Jadi, kalau kat rumah aku ni aku ulang tayang cita Upin dan Ipin pun tak jadi hal. Takde pengaruh buruk. Dari 5 bintang, aku bagi 4.

Tiket Geng untuk kami bertiga. Syaza tak termasuk sebab kongsi tempat duduk dengan aku. Hehehe....


No comments:

There was an error in this gadget