Dok selak2 facebook yang jarang2 sgt aku masuk, arini aku dok ralit membaca. Mcm2 yg ada. Dan di balik facebook biras aku, terselit nama yang tak pernah luput dari ingatan. Sedar tak sedar, dah lebih 13 tahun aku mengenalinya. 10 thn zaman yang cukup rapat. dan sekarang, masuk thn ke-3 aku melihat perkembangannya dari jauh. Hati aku rasa sebak bila lihat Facebook tu. Teringat, zaman2 sudah. Bila aku baca baris2 kata yang dia tulis dalam facebook tu, hati aku tertanya2, agaknya kalau aku sapa dia, semesra tu ke dia balas ye? 10 tahun yang penuh memori suka duka. Makan sama, tido sekatil sebantal, duit pun sama2 kongsi. Time susah, sama, time senang pun sama2. Mak dialah mak aku... keluarga dia pun keluarga aku.
Tapi.... entah apa agaknya yang terpendam selama ni, bila ada perkara kecil berlaku, letupannya maha dahsyat. Aku sendiri tak sangka, keakraban kami akhirnya terkoyak juga.
Aku masih ingat lagi satu ketika masa naik LRT, ada dua orang India perempuan yang sudah berumur duduk berborak2. Aku bagitau kat dia, aku nak jadi mcm 2 org India tu. Tapi... Allah pendekkan usia persahabatan kami. Kenapa? hanya Dia sahaja yang Maha Tahu.
Cuma, bila aku teringat bait-bait pesanan ringkas yang dia kirimkan pada aku dulu, sesekali, hati aku jadi sebak juga. Mimpi yang tak pernah luput tentang diri dia, mengundang rindu aku pada persahabatan tu. Kata Marin, "Aku sayang kat ko sama macam dulu, kini dan selamanya..." Masihkah lagi????
No comments:
Post a Comment