Wednesday, August 19, 2009

Fire Drill

Tahun ni akhirnya dapat juga pelajar sesi petang belajar camna nak hadapi kecemasan masa kebakaran. Seronok juga. Bila time loceng kecemasan berbunyi, bebudak ni berbaris kat luar kelas and jalan ramai2. Maunya diorang tak seronok. Takyah belajar. Nak lak kena waktu petang dalam kul 5 lebih. Mood nak balik tu dah ada. Ramai juga yang ikut arahan guru. Tapi ada gak yang dok bantai makan kerepek kat koridor tingkat 4 sambil tengok kawan2 dia tgh berjujai-jujai p kat padang. Yang tak reti bahasa ni siap cakap lagi, "Takde kebakaran pun cikgu. Mana apinya?". Hmmmpphhh.... Budak.... budak....

Ni selepas suma keadaan tenang dan guru-guru kelas pun selesai periksa kedatangan pelajar



En. Saim, pegawai bomba sedang beri taklimat macamana nak selamatkan diri daripada kebakaran.




Guru-guru pun turut sama dengar.





En. Saim tengah dok tunjuk kat cikgu2 camna nak guna pemadam api jenis serbuk. "Tarik pin ni ye cikgu"



"Lepas tu cikgu angkat pemegangnya, macam ni..." "Ooooo...", kata cikgu2.



"Pegang betul2 kat muncung dan hala dalam 7-8 kaki dari api mengikut arah angin yea cikgu". CIkgu2 pun ooooo lagi.




Keadaan tong api dan pemadam2nya.



Tong mula marak dgn api


Fazida selepas misi memadamkan api.



Aku lak beria-ia nak padam api. Siap kena booo dengan budak sebab api lambat padam. Huhu....
Misi selesai.


Ni turn Hussaini. Pelajar aku yang malas amat nak blaja. Kaki borak dalam kelas.
Kengkawan panggil dia Bayam.




"Bayam! Bayam! Bayam"

2 comments:

fuzidss said...

wow.. program ni amat menafaat to all student. Syabas

Mama Iman said...

Dan untuk cikgu2 gak. Heheh... blajo camna nak handle fire extinguisher. :D