Friday, October 02, 2009

Lamanya...

Aku tak jenguk blog sendiri. Bz dengan byk benda. Sekolah. Family. Keje menyunting lagi. Bertimbun2 rasanya. Masa untuk diri sendiri pun takde. Jadi la aku manusia yang serabai ke mana2. Hehe.... Esok ada latihan dalam perkhidmatan. Next week LDP yang terakhir. Yang tak seronoknya, lepas LDP tu ada plak jamuan akhir tahun untuk staf.
Pembetulan. Bukan tak seronok. Seronok! Tapi ada pulak perbezaan tarif di situ antara guru tetap dan GSTT mcm aku. Boleh pula GSTT kena bayar lebih atas alasan takde peruntukan utk GSTT. Terpk juga aku apa gunanya duit yuran kelab staf yang mcm takde faedah je bayar. Dah la pi Bandung, kena bayar sendiri (bukan suma guru dan staf mampu ke Bandung. Jadi, aku kira itu tak sepatutnya jadi event anjuran kelab staf). Pi jamuan hari guru dulu kat hotel pun, bayar juga. Kali ni, pun kena bayar juga. Apa faedahnya bayar utk kelab staf yea? Aku sangat heran. Tak boleh ke guna sebahagian dari duit yang dibayar tu untuk tampung kos GSTT? Aku bukanlah heran dengn perbezaan duit yang tak seberapa tu. CUma, bila aku rasa mcm ada double standard, rasa cam nak melenting la juga. Keje sama je. Malah, GSTT diberi tugas berkali ganda seolah2 GSTT ni tkde keje sgt. Hmmm... Ye ke? (Garu kepala aku).
Terlupa nak semak dengan kerani pasal claim. Sebab kalu ikut kontrak GSTT dlm gred DC41, GSTT juga blh claim anything related with school. No exception. Soo... I wonder. I should check with clerk long time ago. I'll do it next week.

No comments: