Pastu blh lak smp pesan kat kerani. Kerani sekolah, tau je la. Berlagaknya ngalahkan cikgu sekolah yang ada degree (dah 2 sekolah aku p, mmg ramai cikgu yg takut kat kerani sek sebab depa ni cengey. maklumla... dok opis. cikgu yg a.k.a tukang sapu, tukang cuci, tukang kebun dan mcm2 lagi ni takdak opis yang berhawa dingin). Pesanan PK kami tu, mulai minggu depan, lepas raya iaitu hari Isnin bersamaan 30/11/2009, kami kena p sekolah dari kul 8 pagi hingga 1.30 pagi. Bukan ari Senin je. Tapi setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Bukan next week je. Tapi sepanjang cuti sekolah ni. Ternganga aku dengar pesanan dari mulut kerani tu.
Alasannya? Guru GSTT dibayar gajinya walaupun ketika cuti sekolah. Jadi, kami ni sort of takde keje la nak buat. Cakap kasarnya, makan gaji buta je time cuti sekolah. Aku terpk lak, abih, cecikgu tetap tu, makan gaji buta jugak ke? Ye la, gaji dibayar tp blh dok cuti kat rumah dgn anak2 dan family. Cikgu tetap lagi seronok. Setahun ada 7 hari CRK. Kami GSTT?
Jangankan CRK, nak claim duit dari sekolah atas alasan melakukan kerja yang diarahkan oleh pihak sekolah pun tak boleh. Suma guna duit sendiri. Bukan aku dengki dgn cikgu tetap. Cumanya, kalu nk exploit GSTT pun, jgn la smp mcm tak berperikemanusiaan.
Aku boleh terima kalau dia panggil kami GSTT ni waktu cuti kalau ia masih tertakluk di bawah kata-kata dia bahawa 1/3 dari cuti2 sekolah yang diperuntukkan kepada guru2, pihak pentadbir boleh memanggil guru2 untuk apa2 kerja berkaitan sekolah. Tapi kalau dah kena sekolah sepanjang waktu cuti ni, apa kehalnya?
Pasal keje 8-1.30 setiap ari tu, aku jenuh la dok pk, keje apa la yg dia nak bagi. Bila tanya PK Koko, dia pun tak tau keje apa. Dia kata yang tinggal cuma keje angkat2 je. Hmmm.... Multitaskingnya GSTT ni kan? dari mengajar hingga la tukang angkat dan tukang cuci. Anyway, aku pun tak sabar nak tunggu next week. Nak tengok keje apa yang dia nk bg kat kami. Aku ada plan gak nak wat renovation kat suma tempat kat sekolah tu.... kot la blh menang The Best Renovation Award of the year ke...... Benci ke? Ntah la....
No comments:
Post a Comment