Monday, November 30, 2009

Takde keje pun...

Tu la gamaknya. Aku sengaja pi lambat skit ke sekolah arini. Jenuh kejutkan Syaza pagi tadi sebab nak bw anak2 sekali ke sekolah. Menangis2 dia. Sarah senang je bangun pagi. Smp sekolah kul 8.30. Then terus p pejabat punch in. Org2 pejabat tengok aku dokong anak kata, "Siannya!". Yo lah tu...

Aku masuk bilik guru, geng2 suma dah smp and tengah menung2 tak tau apa nak buat. Laaa... suruh dtg hari2 kalu kejenya menung je... baik aku dok rumah. Kemas rumah, jaga anak. Ajar anak2 wat something, ada gak pekdahnya. Hmmm.... apa sebenanya motif dia suruh dtg sekolah yea? Aku mmg tak faham. Takde keje yang nak dibuat. Tapi kena dtg sekolah.

Kami sepakat bincang2 utk tidak dtg langsung ke sekolah hinggalah 23/12 nanti utk gotong-royong bersihkan taman. tu je la. Lebih2 tak nak la. Menyusahkan kami yg dtg ni dan membazirkan duit minyak je. Huhu.... Nyesal aku datang sekolah. Ceh!

No comments:

There was an error in this gadget