Monday, March 23, 2009

Tic... Tac... Toe... Aku pun kena tag?

Adakah anda mengambil sebarang supplement?
Ambil jarang-jarang. Tapi ada la koleksinya kat rumah


Nyatakan 3 supplement yg anda ambil setiap hari
1. Minyak ikan kod. (Alaa... yang ada orang pegang pancing dengan ikan beso tu...)
2. Ubat demam (sebab masuk arini dah empat ari aku demam. Nak kena p klinik tambah suplemen lagi. Plus amik MC utk arini sebab tak sekolah)
3. Eskem McD (Dulu la... sebelum aku boikot produk McD sebab Israel dapat fund dari situ. Tapi... sejak bila ada kentang putar pulak kat McD tu Cik Li?)


Adakah anda konsisten dgn suplement yg diambil?
Seperti yang dikatakan, aku jarang-jarang amik. Sebab aku lebih suka wat koleksi. Hehehhe....

Adakah ianya memberi kesan pd kesihatan tubuh anda?
Boleh jadi, kalu amik ari2, ada kesan kot.


Nyatakan antara kesan @ perubahan supplement yg anda ambil
Mungkin boleh jadi kuat sebab boleh pegang pancing dengan ikan kod yang beso tu. Tapi sebab jarang-jarang amik, so, kekuatannya cuma boleh pegang pancing dengan ikan merah dua kilo aje la.


Berapakah yg anda belanjakan untuk membeli supplement?
1. Minyak ikan kod - tak lebih RM 10 untuk beberapa bulan ni.
2. Ubat demam - tak tau kosnya sebab campur ubat2 lain, harganya RM20 termasuk nasihat dari doktor.
3. Eskem McD
- Dulu RM1.05. Sekarang aku tak tau.

TAG 5 org rakan anda utk meneruskan penjelajahan "Pengambilan Supplement dlm Kehidupan Seharian"
1. Kak Ina
2. Dila
3. Farah Dhiya Husna
4. Aziema
5. Lt. Yanti.

Tuesday, March 17, 2009

Geng


Dah lama sangat aku tak jejakkan kaki kat panggung wayang. Last sekali rasanya ada la dalam tiga tahun lepas. Cerita pasal perang Salib. Aku pun dah lupa apa tajuknya. Ada watak Salahuddin al-Ayubi. Aku tengok dengan Jeniffer. Masa tu keje kat Kino lagi. So, Ahad lepas, sempat gak la bawa my two kiddies tengok cita Geng. Not bad. Sarah pun terpaku juga sejam yang pertama tengok cita tu. Lagi pulak bila abah dia kata tv besar tu dia sewa untuk Sarah. Tersengih-sengih dia tonton filem tu.

My comment? Not bad. Cerita tu hidup dan kelakar. Memang sesuai untuk tontonan waktu lapang. Cita tu sarat dengan nasihat dan tauladan. Bukan hanya sekadar cerita. Memang sesuai sangat untuk ditonton oleh kanak-kanak. Jadi, kalau kat rumah aku ni aku ulang tayang cita Upin dan Ipin pun tak jadi hal. Takde pengaruh buruk. Dari 5 bintang, aku bagi 4.

Tiket Geng untuk kami bertiga. Syaza tak termasuk sebab kongsi tempat duduk dengan aku. Hehehe....


Monday, March 16, 2009

Cuti sekolah

Cuti mula hari Sabtu lepas. Takde program yang luar biasa. Hujung minggu ni pun, aku kena tido rumah mak aku sebab hubby kena p UUM. Ada kelas. Jadinya, kalu nak minta dia amik cuti tetengah minggu ni, sure dia tak nak sebab dia kena amik cuti hari Jumaat dan Sabtu.

Keje aku waktu cuti? Selain rutin harian kemas rumah dan jaga anak, aku kena buat laporan untuk gotong-royong kat sekolah hari Jumaat lepas, kertas cadangan pelan tindakan dan juga modul untuk perkembangan staf bulan lima ni. Huhu.... tak rehat juga minda aku.

Saturday, March 14, 2009

Hari membotakkan rambut

Genap umur Syaza 54 hari baru la kami ada masa membotakkan rambut comel kami. Susah juga nak buat sebab dia dalam keadaan jaga. Sarah pulak, baru nak memulakan toilet training dia. Aku pun silap sebab dalam keadaan sibuk tu, buat pulak toilet training. Sudahnya, Sarah terkencing dalam seluar tanpa aku sempat bawa dia kat bilik air. Sesi membotakkan kepala berjalan hampir sejam. Hasilnya?.... Ini la dia.

Syaza sebelum dibotakkan. Lebatkan rambut dia?


Syaza ketika dalam proses membotakkan rambut


Syaza selepas dibotakkan. Ada sama ka rupa dia?

Wednesday, March 11, 2009

Anak... oh anak...

Kepada yang bergelar ibu atau bapa atau hampir2 mendapat gelaran terhormat tu.... ini la pesanan aku. Hati-hati bila berkata-kata di hadapan anak2mu. Begini ceritanya....

Semalam, aku minta tolong Sarah ambilkan pinggan kat rak. Dia boleh balas kat aku balik, "Jap... jap... Sarah tengah buat keje ni." Terdiam aku sambil tengok keje yang dia buat. Cuma sekadar main blok ABC dia tu. Tapi perkataan sekejap tu membuatkan aku terfikir balik. Itu la perkataan yang selalu aku ucapkan tiap kali dia minta tolong sesuatu. Akhirnya.... kena balik kat aku. Tak boleh jadi ni. Aku kena cari cara lain untuk menangguhkan sesuatu pekerjaan.

Satu lagi, aku selalu larang dia cakap gila. Budak kecil. Tau je la. Cepat meniru. AKu katakan pada dia, tak baik cakap perkataan tu. Satu hari, dalam kereta, aku tengah berborak2 dengan suami aku. TIba-tiba, sebuah kereta memotong kereta kami dengan cara yang berbahaya.

Spontan aku bersuara, "Gila betul kereta tu! Bawa macam pelesit!".

Sarah spontan juga membalas, "Mama, tak baik cakap gila tau. Nanti Sarah cili mulut mama!"

Sekali lagi aku terdiam dan kemudian ketawa. Padan muka aku!