Saturday, October 30, 2010

Pesanan untuk Sarah

Sarah yang mama sayang,

Hari ini,
Hari ulang tahun kelahiran Sarah.
Awal pagi tadi mama sudah ucap.
Selamat Hari Lahir sayang.
Awal pagi tadi mama dah nyanyi,
lagu ucap selamat untuk Sarah.
Dan awal pagi tadi,
mama dah kucup dahi Sarah.
Mama doa,
moga Sarah jadi anak yang baik.
Mama doa,
moga Sarah jadi anak yang solehah.
Mama doa,
moga Sarah tidak lupa diri.
Mama doa lagi,
moga Sarah jadi anak yang cerdik.
Sarah kena ingat,
mama sayang Sarah.
Sarah kena ingat,
abah sayang Sarah.
Sarah kena ingat,
adik sayang Sarah.
Dan Sarah kena ingat
Allah pun sayang Sarah.
Jadi,
Sarah kena dengar kata semua.
Supaya,
bila Sarah dewasa nanti,
Sarah jadi orang berguna.

Kalau Sarah nak tahu,
Sarah patutnya sambut hari lahir
dengan adik Amir,
yang patut lahir,
dua hari lepas.
Sarah kenal adik Amir?
Anak acik Fizah...
Tapi, adik Amir dah lahir awal dulu.
Dan adik Amir dah pergi jauh,
tinggalkan kita semua.
Adik Amir dah jumpa Penciptanya.
Melayang-layang dia pergi ke syurga.
Jadi,
hari lahir Sarah ni,
Kita doa banyak-banyak.
Moga Sarah diberkati Allah.
Kita doa banyak-banyak,
moga adik Amir dirahmati Allah.
Kita doa banyak-banyak,
moga kita semua sentiasa dilindungi Allah.
Mama mahu,
Sarah sentiasa doa selalu.
Abah mahu,
Sarah tak tinggal solat.
Mama dan abah mahu,
Sarah pandai mengaji dan belajar.
Bukan untuk siapa,
Tapi untuk Sarah.
Bukan kerana siapa,
Tapi kerana Allah.
Sarah kena ingat,
mama, abah, adik, Allah dan semua sayang Sarah.
Selamat Hari Lahir Sarah.

2 comments:

Aainies Aini said...

sarah,

Selamt Hari Lahir yeh.....
moge menjadi anak yg baik dan soleha.. :)

Mama Iman said...

tq maksu. :)