Tuesday, December 28, 2010

Meneruskan penyusuan

WHO menyatakan dalam polisi penyusuannya bahawa penyusuan susu ibu dijalankan sehingga anak itu berusia tiga tahun. Malah, dalam Akademi Pengamal Perubatan Kanak-kanak Amerika (American Academy of Pediatrics) menyarankan penyusuan susu ibu diberikan kepada anak sekurang-kurangnya sehingga anak berusia setahun dan diteruskan selama mana ibu dan si anak mahu (ni bagi yang rasa orang Barat dan Amerika tidak mengamalkan penyusuan susu ibu). Tidak salah bagi si ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu walaupun si anak sudah mencecah umur melebihi dua tahun.
Pernah dengar ada orang kata bahawa menyusukan anak dengan susu ibu apabila si anak sudah melebihi usia dua tahun tidak elok? Ada yang kata, anak seperti menghisap darah ibu. Ada juga yang kata susu ibu sudah jadi racun untuk si anak. Dan bermacam-macam lagi alasan dan cerita-cerita buruk yang didengar tentang meneruskan penyusuan susu ibu bagi anak berusia lebih dua tahun.
Tidak tahu dari mana asas cerita-cerita dan alasan-alasan yang diberikan. Tetapi, hakikatnya, tidak ada buruknya menyusukan anak dengan susu ibu walaupun dia sudah jadi 'big baby'. Memang jenuh dan menyakitkan hati bila ada orang yang seolah-olah sinis bertanya,"dah besar-besar macam ni pun masih menyusu?". Terasa macam ringan mulut nak menjawab dan berdebat mengenai perihal kehebatan menyusukan anak tak kira umur. Tetapi, bila memikirkan usaha tu sia-sia, biar aje la...
Bak kata Dr Sears, menyusukan anak dengan susu ibu adalah keputusan yang AMAT BIJAK kerana banyak perkara yang menyebelahi si ibu. Dari alasan yang diberikan oleh sains, banyak yang menyokong penerusan susu ibu.

Sumber: harum.com.my

Selain dari khasiat yang ada dan elok untuk si anak, ia juga memberi manfaat kepada si ibu dan bapa. Pusing-pusing pun, susu ibu masih menang. Kocek ibu bapa pun tak bocor dek kerana perlu membeli susu tepung yang pelbagai jenama.
Islam juga tidak menidakkan hak si anak yang masih mahu terus menyusu dari si ibu walaupun Quran terang-terang menyebut bahawa anak perlu disusukan sehingga usia dua tahun. Tidak ada nas dan dalil dalam al-Quran yang menghalang ibu dari meneruskan penyusuan anak yang melebihi usia dua tahun. ISlamkan agama fitrah. Jadi, mana mungkin Islam menghalang ibu menyusukan si anak yang sudah melebihi usia dua tahun ketika susu ibu masih ada (baca sini)? Seolah-olah satu penyeksaan batin dan emosi buat si anak yang dipaksa untuk tidak menyusu sedangkan ibu masih mampu meneruskan penyusuan (sebenarnya bukan si anak je yang terseksa. Ibu juga begitu). Jadi, sekiranya ada ibu-ibu di luar sana yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anak sudah berusia lebih dua tahun, janganlah berputus asa. Bukan sahaja sains tidak menyangkal kebaikan susu ibu, bahkan juga agama dan juga psikologi anak-anak sentiasa menyokong anda. :D

Monday, December 27, 2010

Buah-buahan kegemaranku

Ada satu perangai pelik Sarah yang mama belum pernah jumpa dengan mana-mana anak orang lain setakat ni. Sarah tak suka MAKAN BUAH. Mama pun tak tau mana silapnya. Sarah bukan setakat tak suka buah. Tapi Sarah takut dengan buah. Watermelon, rambutan, durian, orange, grape... just name a few... none of the fruits that you like. Even, you are afraid of them..hehe... Sarah takkan duduk sebelah orang yang pegang buah, Sarah takkan sentuh orang yang pegang buah, dan Sarah takkan tolong orang yang ada buah.

Mama ingat satu ketika tu, Syaza saja je nak dengkikan Sarah. Syaza ambil dua biji tomato ceri dari dalam peti sejuk. Syaza gigit sikit, lepas tu Syaza baling pada Sarah. Sarah nangis. Tak cukup dengan tomato yang Syaza baling, dia gigit lagi sebiji dan duduk sebelah Sarah. Meraung-raung Sarah nangis. Adik pula dok ikut Sarah yang datang mengadu pada mama. Hehehe... pelik kan...




Satu lagi kisah baru-baru ni, bila mama datang rumah Acik Wan. Mama dan Acik Wan tolong kupas buah limau untuk Syaza dan Kyra. Masa nak balik, mama suruh Sarah salam Acik Wan. Tapi Sarah tak nak. Puas disuruh. Sarah lari-lari. Akhirnya Sarah salam Acik Wan masa kat dalam kereta. Itupun, Sarah tak cium tangan Acik Wan. SAlam dan cepat-cepat tarik.

Masa mama pandu kereta pulang, Sarah cuma cakap kat mama, "Sarah tak suka buah limau."

Dan mama terkedu dengan. Lepas tu mama senyum dan balas, "Sarah tak nak salam Acik Wan tadi sebab Acik Wan tak basuh tangan lepas pegang buah limau ye..."

"Yea.." Balas Sarah ringkas. Dan mama senyum panjang...

Anak mama yang seorang ni tak suka makan buah. Tapi alhamdulillah, Sarah suka makan sayur terutamanya kangkung, bayam, bendi dan lobak merah. Berlawanan dengan adik Syaza yang suka buah tapi tak makan sayur.

Saturday, December 18, 2010

EBM vs FM

Petikan daripada MA@PA,2006.

LEMAK
(Dalam Susu IBU)
  • Kaya dengan agen pembentukan otak iaitu OMEGA 3 yg dikenali sbg DHA & AA.telah diubah suai secara automatik untuk menepati keperluan bayi.kaya dengan kolestrolkadar penyerapan yang hampir sempurna.
  • Mengandungi lemak yang membantu proses penghadaman yg di kenali sebagai 'lipase'
(dalam Susu Formula)
  • Tiada DHA
  • Tidak sesuai dengan keperluan bayi
  • tiada kolestrol
  • tidak menyerap dgn sempurna
  • tidak mengandungi lipase
Lemak adalah nutrien yang penting dalam susu ibu. Kekurangan kolestrol dan DHA yg merupakan nutrien penting untuk pertumbuhan otak dan badan mungkin menjadikan bayi tertedah kepada masalah jantung dan saraf utama yang biasanya di hidapi oleh orang dewasa.Bahan yang tidak diserap akan dikeluarkan daripada badan bayi melalui najisnya. Bahan tersebut akan menyebabkan najis bayi berbau busuk.Inilah yang berlaku kepada bayi yang minum susu formula.

PROTEIN
(Dalam Susu Ibu)
  • Dadih yang terhasil lebih lembut dan mudah dihadamkan
  • kadar penyerapan yg hampir sempurna; lebih tinggi dalam susu yg dihasilkan oleh ibu yg bersalin awal.
  • Lactoferrin untuk kesihatan usus
  • kaya dgn protein yg membantu dalam pembentukan otak dan tubuh.
  • kaya dalam faktor tumbesaran.
(Dalam Susu Formula)
  • agak sukar untuk dihadamkan kerana dadih yg terhasil lebih kenyal
  • tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan akibatnya lebih banyak bahan yang perlu dikeluarkan sebagai bahan kumuhan.pada masa yang sama turut membebankan buah pinggang.
  • tiada lactoferrin
  • kurang protein yg dapat membantu pembentukan tubuh dan otak
  • kurang membantu perkembangan bayi
Bayi sememangnya tidak alah pada protein yg terkandung dalam susu ibu.

KARBOHIDRAT
(Dalam Susu IBU)
  • kaya dengan laktosa
  • kaya dengan oligosaccharides yg membantu kesihatan usus
(Dalam Susu Formula)
  • sesetengah susu formula tidak mengandungi laktosakurang oligosaccharides
Laktosa boleh dianggap sebagai karbohidrat penting untuk perkembangan otak. Kajian menunjukkan bahawa tahap laktosa dalam susu satu-satu jenis mamalia itu ada hubun kait dengan saiz otak mamalia tersebut.

PENGGALAK SISTEM IMUN
(Dalam Susu IBU)
  • banyak dalam sel darah putih dan berjuta dalam setiap penyusuan
  • kaya dengan immunoglobulin
(Dalam Susu Formula)
  • tiada sel darah putih atau apa jua sel hidup. Makanan tidak bernyawa kurang mengandungi kebaikan imunnya.
  • terlalu sedikit immunoglobulin.
Apabila seseorang ibu itu terdedah kpd kuman, tubuhnya akan membuat sendiri antibodi untuk melawan kuman tersebut. Antibodi itu seterusnya akan dipindahkan ke tubuh bayi melalui susu ibu yang diminumnya.

VITAMIN DAN MINERAL
(Dalam Susu Ibu)
  • lebih mudah menyerap terutamanya zink, besi dan kalsium.
  • besi akan diserap di antara 50-75%mengandungi lebih banyak selenium (anti-oksida)
(Dalam Susu Formula)
  • tidak diserap dengan baik
  • hanya 5-10% besi yang mampu menyerap
  • kurang kandungan selenium (anti-oksida)
Vitamin dan mineral yg terkandung dalam susu ibu menawarkan bioavailibitynya yg lebih tinggi. Ini bermakna lebih banyak vitamin dan mineral yg akan dapat diserap. Sebagai ganti rugi, byk vitamin dan mineral tambahan dimasukkan kedlm susu formula. akibatnya bahan tadi semakin sukar untuk dihadamkan.

HORMON DAN ENZIM
(Dalam Susu IBU)
  • kaya dengan enzim penghadam sprt lipase dan amylase
  • juga kaya dengan pelbagai hormon lain, sprt thyroid, prolaktin, oxytocin byk lagi.
  • pelbagai bergantung kepada diet ibu.
(Dalam Susu Formula)
  • proses pembuatannya menghapuskan enzim penghadaman
  • hormon turut terhapus
  • sentiasa mempunyai rasa yg sama
Enzim penghadaman membantu kesihatan usus. Secara keseluruhannya hormon menyumbangkan kesimbangan biokimia tubuh dan memalihara kesihatan bayi. dengan mengambil kira diet pemakanan ibu, susu yg dihasilkan menjuruskan kepada rasa makanan yg diambilnya itu. Hal ini bermakna, bayi yang minum susu ibu lebih berselera untuk makan berbanding bayi yg minum susu formula.

HARGA
(Susu IBU)
  • memerlukan sekitar RM600 setahun untuk makanan tambahan yg berkhasiat untuk si ibu.

(Susu Formula)
  • memerlukan sekitar RM1200 setahun
  • mungkin kosnya meningkat sehingga RM2500 setahun bagi susu yg direka khas dgn formula hypoallergickos utk botol dan brg yg berkaitan
  • hilang pendapatan jika bayi sakit (harga adalah berdasarkan kpd susu formula popular yg ada di pasaran).
Seorg bayi dianggarkan memerlukan 22kg susu formula dlm tempoh dalam 6 bulan pertama iaitu 2.5kg pada bulan pertama, 3.2kg pada bulan kedua dan 4kg sebulan bg bulan-bulan seterusnya. Jadi, setelah dibuat perkiraan, memberi anak susu formula adalah sangat mahal berbanding penyusuan susu ibu. Semua ini kerana susu ibu percuma dan nyata lebih berkhasiat daripada susu formula.

Tuesday, December 14, 2010

al muallim by sami yusaf


Muallim by Sami Yusuf

Sangat menyentuh hati lebih-lebih lagi bakal menjadi pendidik rasmi tak lama lagi. Moga-moga kita menjadi sepertinya. Berusaha menjadi seperti Nabi Muhammad s.a.w. Amin.

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..

Chorus
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Ya Rasuli ya Muhammad
(O My Messenger O Muhammad)
Ya Bashiri ya Muhammad
(O bearer of good news O Muhammad)
Ya Nadhiri ya Muhammad
(O warner O Muhammad)
'Ishqu Qalbi ya Muhammad
(The love of my heart O Muhammad)
Nuru 'Ayni ya Muhammad
(Light of my eye O Muhammad)
He taught us to be just and kind
And to feed the poor and hungry,
Help the wayfarer and the orphan child
And to not be cruel and miserly,
His speech was soft and gentle,
Like a mother stroking her child,
His mercy and compassion,
Were most radiant when he smiled


Chorus
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa Ya Imamal Mursalina
(O Chosen One O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One O intercessor of the worlds)

Monday, December 13, 2010

Makanan minggu ini

Hari ni nak kongsi sedikit mengenai makanan aku dua minggu ni. Sabtu lepas, aku buat masakan ala barat. Chicken chop with black pepper sauce, baked potatoes with rosemary, garden salad with grilled chicken meatloaf and steamed vege. Hehe... memang makanan kegemaran aku ialah makanan barat. ringkas dan cepat.


Baked potatoes with rosemary

Kentang sederhana besar dipotong empat

Rosemary kering atau segar

Lada hitam ditumbuk kasar

Garam

Minyak masak

Gaul semua bahan dengan rata. Letakkan di atas tin pembakar yang dilapik dengan aluminium. Masak dengan suhu 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak.

Steamed Vege

Brokoli

Kubis bunga

Air berisi ais

Lada hitam

Garam

Potong sederhana besar. Panaskan periuk stim dan masukkan kubis bunga. Bila kubis bunga dah agak lembut, masukkan brokoli. Biarkan sekejap. Lepas tu angkat dan masukkan brokoli dalam air yang berisi ais. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak supaya brokoli tidak jadi lebam warnanya. :D Kemudian, gaulkan dengan sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar dan secubit garam. Sikit je. Bukan nak bagi rasa sangat pun. Dah boleh hidang...



Blackpepper sauce

Satu tin sup cendawan pekat

Sos lada hitam

Satu peket serbuk maggi daging lada hitam

Cendawan butang

Masukkan semua bahan dan kacau. Panaskan. Dah siap...


Yang ni pula, makanan segera yang dimasak pada Ahad lepas sebab dah tak tau nak makan apa. Masakan ala Lebanon. Nasi ayam lebanon dan salad arab.


Ayam potong kecil-kecil

Paprika

Rempah lima

Garam

Lada hitam

Gaulkan kesemuanya dan letak tepi.


Bawang merah (diricih halus)

Bawang putih (diricih halus)

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Kacang badam (aku suka kacang gajus. Tapi gajus tak ada, ganti dengan walnut)

Mentega

Tomato dalam tin

Tomato puri

Ketumbar

Garam

Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sampai naik bau dan masukkan ayam perap tadi. Lepas tu, masukkan tomato puri dan kacau sekejap.

Masukkan air dan tomato dalam tin yang sudah diramas ke dalam periuk dan sedikit air. Biarkan mendidih selama 15 minit. Lepas tu, masukkan beras dan air. Kacau bagi rata dan biarkan sampai masak.

Tadaa.... ni la hasilnya....

Salad Arab ni sangat la senangnya.

Timun

Salad Romaine

Bawang besar

Tomato

Minyak zaitun

Jus lemon

Lada hitam

Bawang putih yang ditumbuk

Gula

Garam

Lada hitam

Sayur dan bawang besar tu dipotong dadu. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, jus lemon, bawang putih, garam dan gula. Kacau hingga sebati. dah cukup rasa semua, masukkan dalam bekas sayur tadi dan kacau rata. Lepas tu gaulkan pula dengan lada hitam yang ditumbuk kasar. Dah siap. Makanan ni agak kering. Jadi, kalau suka, buat la sup ayam sikit. Kalau tak, makan macam tu je pun dah sedap. :D

Sunday, December 12, 2010

Susu kurang...

Perkara yang pertama jika ingin menyusukan anak adalah ilmu. Hmm... kenapa ilmu? Kerana, menyusukan anak-anak pada zaman sekarang ini tidak semudah zaman ibu-ibu kita dahulu yang tidak bekerja. Zaman sekarang adalah zaman ibu berkerjaya. Jadi, ibu-ibu perlu tahu bagaimana caranya untuk menyusukan anak secara eksklusif untuk enam bulan pertama dan meneruskannya sehingga anak berusia 2 tahun.

Ada kawan-kawan yang mengadu pada aku, susu mereka tidak banyak. Rasa susu kurang dan sebagainya. Kadang-kadang, untuk menerangkan kepada ibu-ibu yang baru terdetik mahu menyusukan anak ketika anak sudah menjangkau usia sebulan dua bukannya senang. Banyak cabaran yang perlu dihadapi. Kadangkala, dek kerana kekurangan maklumat tentang menyusu, mereka akhirnya menyerah kalah.

Konsep menyusukan anak ni adalah supply by demand. Itu konsep yang perlu ditanamkan dalam diri kita. Perlu diingat, tanpa penawaran, maka tiadalah permintaan. Macam yang dah diceritakan sebelum ni tentang saiz perut bayi pada peringkat permulaan (Lihat saiz perut bayi), kuantiti yang diperlukan sangat sedikit. Bila bayi semakin membesar, permintaannya terhadap susu akan turut meningkat. Jadi, susulah bayi sekerap mungkin. Badan ni boleh 'ditipu' untuk mendapatkan kuantiti susu yang banyak. Caranya? Menyusu sekerap mungkin dan melakukan sesi memerah susu dengan konsisten. INGAT!!! Jangan ponteng sesi memerah.

Berbalik kepada pendapat ibu yang merasakan susunya kurang dengan membandingkan kuantiti yang diperahnya. Perlu diingat, kadangkala, susu yang diperah tidak semestinya sama banyak dengan yang diminum anak. Ini kerana, walau sebagus mana pun jenama pam yang diguna, rangsangan dari hisapan anak adalah yang terbaik untuk menghasilkan susu. Namun, ini tidak bermakna pam yang elok tidak mampu menghasilkan susu yang banyak. Para ibu, kalau rasa susu berkurangan, lihat dulu sama ada si anak nampak kenyang apabila lepas menyusu. Jika ya, maksudnya susu itu mencukupi. Nak dapat lebih lagi, susu dan pam dengan kerap.

Mengenai supplemen atau makanan tambahan, ini bergantung pada si ibu. Ada ibu yang makan supplemen dan susunya banyak. Untuk mengetahui sama ada ibu itu kurang susu, lihat senarai semak ini. Dan yang beragama Islam, mungkin boleh cuba amalkan surah al-kauthar.

Ibu perlu ingat, you are what you think. Kalau kita rasa kita tak boleh menyusukan, maka kita tidak akan boleh buat. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika menyusukan Sarah. Memang saya sedikit bermasalah ketika menyusukan Sarah terutamanya 1 bulan pertama. Saya mengalami masalah puting melecet yang sangat teruk. Bayangkanlah, setiap kali hendak menyusu, saya sudah siap-siap ketap bibir untuk menahan sakit. Namun, kerana tekad dan azam untuk menyusu, saya lupakan kesakitan tu. Alhamdulillah, saya amalkan susu ibu yang sapu setiap kali sesi menyusu, akhirnya masalah puting melecet hilang. Tapi, jika dia tidak ada azam yang kuat dan pendirian mahu menyusukan anak, masalah puting melecet akan menjadi penyebab kepada si ibu untuk bertukar kepada susu formula. Hmmm.... alangkah ruginya... untuk ibu... dan juga si anak itu sendiri....

Thursday, December 09, 2010

Cara menulis surat peletakan jawatan sbg GSTT

Disebabkan aku dah terkena, aku rasa, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Niat aku cuma jangan ada lagi orang yang teraniaya macam aku gara-gara kesalahan bodoh yang memang sangat sukar diterima. Aku terlalu teruja nak jadi cikgu, sampai tulis sebab kat surat dapat tawaran KPLI. Cara ni khusus untuk GSTT. Tapi kalau yang bekerja dengan swasta rasa sesuai, boleh juga ikut.
Secara umumnya, sebagai GSTT, bila kita hantar notis berhenti, kerani akan segera hantar ke JPN dan PPD. Kemudian, JPN akan semak sama ada notis tersebut cukup sebulan atau tidak. Jika tidak cukup sebulan, notis itu akan meminta supaya anda membayar sebulan elaun sebagai ganti kurang notis. Surat penerimaan notis itu akan dihantar kepada PPD dan PPD akan hantar ke sekolah untuk pihak sekolah hantar kepada GSTT yang telah meletak jawatan berkenaan. Jadi, sila semak dengan pihak sekolah mengenai notis tersebut.

  1. Bila menulis surat peletakan jawatan, pastikan tarikhnya sebulan atau lebih dari tarikh hendak meletak jawatan. Contohnya, tawaran KPLI keluar pada 14 Jun 2010 dan anda dikehendaki mendaftar pada 28 Jun 2010. Oleh kerana hari terakhir di sekolah adalah pada 25 Jun 2010, jadi, tarikh surat berkenaan adalah 24 Mei 2010.
  2. Jangan sesekali menulis sebab berhenti adalah kerana tawaran KPLI. Kata sahaja anda sudah mendapat tawaran kerja baru. Ini kerana, ada pihak JPN yang terlalu 'skema' akan mengambil kira bahawa notis itu tidak cukup kerana mereka sedia maklum, pihak BPG memberikan notis dua minggu sebelum tarikh pendaftaran.
Jadi, dua perkara yang perlu diambil kira ketika menulis surat peletakan jawatan. Satu TARIKH. Dua, SEBAB.

Kepada yang sudah melalui sesi temuduga untuk KPLI Januari 2011, moga anda berjaya!!

Tuesday, December 07, 2010

Nama syaitan dalam Surah Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan. Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaithan di dalam solat kita. Berikut adalah nama2 syaithan laknat yang wujud didalam bacaan Al-Fatihah yang salah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

  1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
  2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
  3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
  4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK'
  5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
  6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYya. - Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!! Na'udzubillahimindzalik....
  7. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
  8. AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian: Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Monday, December 06, 2010

Doa Menyambut Tahun Baru

Tahun Masihi dah hampir ke penghujung. Tahun Hijrah, hari ini adalah hari terakhir tahun 1431 Hijrah. Sekejap sangat masa berlalu. Jadi, sempena tahun baru yang akan bermula esok, sama-samalah kita berdoa. Moga tahun baru nanti adalah episod baru dalam hidup kita untuk kita memulakan perkara yang baik-baik. Jangan setakat doa dan azam sahaja ye... Amalkan juga apa yang diminta dalam doa yang dipanjatkan kepada Allah.


*Klik untuk besar*
Doa akhir tahun yang dibaca ketika waktu Asar


*Klik untuk besar*
Doa awal tahun yang dibaca ketika masuk maghrib


Moga kehidupan kita dalam dunia tahun baru 1432 H akan lebih diberkati dan berubah ke arah kebaikan. Amin.

Friday, December 03, 2010

Isu bertudung (untuk kesekian kalinya)

Sambil jengah-jengah blog-blog yang ada, aku masuk ke blog Ustaz Zaharuddin. Baca artikel mengenai rintihan seorang lelaki. Dan aku mula berfikir untuk ke sekian kalinya tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan perempuan. Perempuan ketika ini cukup bijak berkata-kata memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki. Sehinggakan sampai ke tahap perempuan juga perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan.
Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat-lihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Hmmm... berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah dia panduan untuk bertudung. Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.
Ha.. meh tengok sini apa dia kesalahan wanita tentang menutup aurat. Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai... (hmmm....)
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada... tapi, bila angin bertiup, terus membuka belahan kat kain nun... nampak betis bunting padi.. Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan... astaghfirullah....

Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo agaknya kot....

Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki. Hoho...

Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang... Macam tudung bawal, tudung tenggiri... Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa... Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? hmmm...

Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung awning yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?


Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain tika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”

Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”

Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.

Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi.
(Riwayat At-Tirmizi).

Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?

Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah. Hmmm....

Tahu macamana cara bertudung muslimah yang sebenar? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Kira macam ni la.




Manis kan? :D

Jadi, senang cerita, bila tengok balik artikel kat Ustaz Zaharuddin tu, kaitkan semula sejauh mana kita kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya menutup aurat sakan. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Hmmm.... kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia tidak kena, tetapi wanita lain terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya. Wallahua'lam.

Wednesday, December 01, 2010

Saiz perut bayi


Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka. Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml). Dan kerana kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.
Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil. Mengetahui tentang itu, 'badan ibu' hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 - 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?
Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah. Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan. Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada. :D Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu...