Disebabkan aku dah terkena, aku rasa, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Niat aku cuma jangan ada lagi orang yang teraniaya macam aku gara-gara kesalahan bodoh yang memang sangat sukar diterima. Aku terlalu teruja nak jadi cikgu, sampai tulis sebab kat surat dapat tawaran KPLI. Cara ni khusus untuk GSTT. Tapi kalau yang bekerja dengan swasta rasa sesuai, boleh juga ikut.
Secara umumnya, sebagai GSTT, bila kita hantar notis berhenti, kerani akan segera hantar ke JPN dan PPD. Kemudian, JPN akan semak sama ada notis tersebut cukup sebulan atau tidak. Jika tidak cukup sebulan, notis itu akan meminta supaya anda membayar sebulan elaun sebagai ganti kurang notis. Surat penerimaan notis itu akan dihantar kepada PPD dan PPD akan hantar ke sekolah untuk pihak sekolah hantar kepada GSTT yang telah meletak jawatan berkenaan. Jadi, sila semak dengan pihak sekolah mengenai notis tersebut.
- Bila menulis surat peletakan jawatan, pastikan tarikhnya sebulan atau lebih dari tarikh hendak meletak jawatan. Contohnya, tawaran KPLI keluar pada 14 Jun 2010 dan anda dikehendaki mendaftar pada 28 Jun 2010. Oleh kerana hari terakhir di sekolah adalah pada 25 Jun 2010, jadi, tarikh surat berkenaan adalah 24 Mei 2010.
- Jangan sesekali menulis sebab berhenti adalah kerana tawaran KPLI. Kata sahaja anda sudah mendapat tawaran kerja baru. Ini kerana, ada pihak JPN yang terlalu 'skema' akan mengambil kira bahawa notis itu tidak cukup kerana mereka sedia maklum, pihak BPG memberikan notis dua minggu sebelum tarikh pendaftaran.
Jadi, dua perkara yang perlu diambil kira ketika menulis surat peletakan jawatan. Satu TARIKH. Dua, SEBAB.
Kepada yang sudah melalui sesi temuduga untuk KPLI Januari 2011, moga anda berjaya!!
No comments:
Post a Comment