Tuesday, May 17, 2011
Pisau di tangan kiri, garpu di tangan kanan
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar guru, pendidik, pensyarah dan yang seangkatan dengannya. Jasa kalian semua sememangnya tidak terbalas. Hanya Allah yang mampu memberi kebaikan di atas segala jasa dan bakti yang tak ternilai tu. Selamat Hari Guru.
Wednesday, May 11, 2011
Sajak di tika ini....
Monday, May 09, 2011
Hari minggu... padatnya!!
Cendawan sosej
Sosej (hiris nipis)
cendawan butang segar (dihiris nipis)
Kentang dipotong dadu besar-besar
Bawang besar (dipotong menegak)
Bawang putih (hiris nipis)
Garam, lada hitam, rosemary (kering)
Sos tiram
Sedikit minyak
Nota: Macam biasa, aku kurang gemar letak kuantiti. So, agak-agak aje la yea... :D
- Goreng kentang sehingga separuh masak.
- Masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng hingga lembut.
- Masukkan sosej dan cendawan serta kacau hingga masak.
- Masukkan garam, lada hitam dan rosemary secukupnya.
- Tuangkan sos tiram dan kacau rata.
- Angkat dan hidang.
- Pecahkan telur dan pukul hingga kuning bercampur elok dengan putih telur.
- Masukkan cili benggala, tomato, lada sulah, lada hitam, garam dan serbuk cili mexican lalu dipukul hingga rata.
- Masak di atas api sederhana.
Wednesday, May 04, 2011
Kedekut
Situasi 1
A: kau nak makan mana malam ni?
B: Aku nak makan kat tempat K ni. Situ murah. Harga makan siap air baru RM4.50.
A: Jauh tu. Ko kena naik bas. Nak kena bayar tambang lagi. Masa lagi..
B: Baik makan kat situ. Kat gerai depan tu, nasi, ayam, sayur dengan air je dah RM5.00. Rugi..
A: Err..
Situasi 2
Dalam sebuah kelas.
A: B, ko ada gula-gula tak? Aku mengantuk la.
B: Ada (sambil menghulurkan sebiji gula-gula).
Lima minit kemudian..
A: Nak sebiji lagi.. Ngantuk tak hilang la pula..
B: Nah (sambil menghulurkan sebiji gula-gula lagi).
Lima minit selepas lima minit tadi..
A: Nak sebiji lagi boleh.. Hee.... Ngantuk sungguh...
B: Nah (sambil menghulurkan sebiji gula-gula lagi).
10 minit selepas 5 minit tadi...
A: Nak lagi.. Ngantuknya..
B: Sambil menghulurkan sebiji gula-gula lagi.
5 minit kemudian dan setiap lima minit yang berikutnya sehingga kelas tamat.
A: nak lagi.. Ngantuknya..
Pernah jumpa orang yang seumpama ini?