Tuesday, May 17, 2011

Pisau di tangan kiri, garpu di tangan kanan

Pernah makan stik? Pizza? Atau apa-apa jenis makanan yang menggunakan pisau dan garpu? Biasanya kalau ikutkan protokol makan cara moden ni, pisau di tangan kanan dan garpu di tangan kiri kan? Yang tak biasa makan guna pisau dan garpu pun terpaksa juga ikut cara ala barat ni sebab tak nak nanti orang sebelah jeling dan mengata kita tak pandai guna sudu dan garpu.


Sumber: citarasawan.blogspot.com

Tapi pernah tak terfikir, penggunaan garpu di sebelah kiri dan pisau di sebelah kanan tu macam songsang jika kita bandingkan dengan adab makan menurut Islam. Menurut sebuah hadis, apabila kita hendak makan, eloklah menggunakan tangan kanan.

Wahai anak muda, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.”(HR.Bukhari No.5376)

Islam sangat mementingkan penggunaan anggota kanan berbanding kiri jika hendak melakukan perkara-perkara baik. Sedarkah anda amalan makan dengan meletakkan pisau di tangan kanan dan garpu di tangan kiri tidak mengikut adab makan cara Islam?

Mana taknya, kita menyuap makanan menggunakan garpu yang kita pegang di tangan kiri. Sebab apa ye? Kerana kita mengikut cara makan yang betul berdasarkan protokol yang sudah diserapkan pada kita sejak sekian lama barangkali. Maka, kita lupa bahawa Islam melebihkan anggota kanan. Bukan bermakna berdosa jika makan menggunakan tangan kiri. Tapi mengapa tidak kita mendahulukan yang kanan?

Mungkin ada juga yang beri alasan, pegang pisau di tangan kiri tak biasa kerana tangan kiri kurang kuat berbanding kanan. Tapi, apa salahnya jika memotong menggunakan tangan kanan dan makan juga menggunakan tangan yang sama? Namun, orang kata, alah bisa, tegal biasa. Dulu memang saya kekok mengubah kedudukan pisau dan garpu ketika makan makanan ala barat. Tetapi, setelah biasa dengan cara itu, saya tidak menghadapi masalah langsung.

Pada pendapat saya, kita boleh kurangkan pengaruh budaya lain dalam kehidupan kita dengan menggunakan inisiatif sendiri mengubahsuainya mengikut gaya dan cara Islam. Bukankah kita ini orang Islam? Tepuk dada, tanya iman. :D

No comments:

There was an error in this gadget