Tuesday, May 17, 2011

Pisau di tangan kiri, garpu di tangan kanan

Pernah makan stik? Pizza? Atau apa-apa jenis makanan yang menggunakan pisau dan garpu? Biasanya kalau ikutkan protokol makan cara moden ni, pisau di tangan kanan dan garpu di tangan kiri kan? Yang tak biasa makan guna pisau dan garpu pun terpaksa juga ikut cara ala barat ni sebab tak nak nanti orang sebelah jeling dan mengata kita tak pandai guna sudu dan garpu.


Sumber: citarasawan.blogspot.com

Tapi pernah tak terfikir, penggunaan garpu di sebelah kiri dan pisau di sebelah kanan tu macam songsang jika kita bandingkan dengan adab makan menurut Islam. Menurut sebuah hadis, apabila kita hendak makan, eloklah menggunakan tangan kanan.

Wahai anak muda, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.”(HR.Bukhari No.5376)

Islam sangat mementingkan penggunaan anggota kanan berbanding kiri jika hendak melakukan perkara-perkara baik. Sedarkah anda amalan makan dengan meletakkan pisau di tangan kanan dan garpu di tangan kiri tidak mengikut adab makan cara Islam?

Mana taknya, kita menyuap makanan menggunakan garpu yang kita pegang di tangan kiri. Sebab apa ye? Kerana kita mengikut cara makan yang betul berdasarkan protokol yang sudah diserapkan pada kita sejak sekian lama barangkali. Maka, kita lupa bahawa Islam melebihkan anggota kanan. Bukan bermakna berdosa jika makan menggunakan tangan kiri. Tapi mengapa tidak kita mendahulukan yang kanan?

Mungkin ada juga yang beri alasan, pegang pisau di tangan kiri tak biasa kerana tangan kiri kurang kuat berbanding kanan. Tapi, apa salahnya jika memotong menggunakan tangan kanan dan makan juga menggunakan tangan yang sama? Namun, orang kata, alah bisa, tegal biasa. Dulu memang saya kekok mengubah kedudukan pisau dan garpu ketika makan makanan ala barat. Tetapi, setelah biasa dengan cara itu, saya tidak menghadapi masalah langsung.

Pada pendapat saya, kita boleh kurangkan pengaruh budaya lain dalam kehidupan kita dengan menggunakan inisiatif sendiri mengubahsuainya mengikut gaya dan cara Islam. Bukankah kita ini orang Islam? Tepuk dada, tanya iman. :D

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar guru, pendidik, pensyarah dan yang seangkatan dengannya. Jasa kalian semua sememangnya tidak terbalas. Hanya Allah yang mampu memberi kebaikan di atas segala jasa dan bakti yang tak ternilai tu. Selamat Hari Guru.

Buat kawan-kawan yang hampir tamat kursus perguruan, selamat menempuh peperiksaan akhir...

Wednesday, May 11, 2011

Sajak di tika ini....

Nak exam...
Belum baca...
Aktiviti berlambak di maktab...
Semua nak kena handle...
Semua nak kena urus...
Tertekan...
Bingung...
Err...

Sebenarnya aku tak tau nak tulis apa hari ni. Idea ada... tapi malas nak spend masa yang panjang menghadap blog sedangkan buku belum baca lagi. Tahun lepas, 5 orang fail... errkkk... aku nak mula membaca.... Doakan aku lulus yea... Terima kasih. :D

Monday, May 09, 2011

Hari minggu... padatnya!!


Tak sempat nak kemas kini blog semalam sebab terlalu sibuk. I had a very busy and tiring day yesterday. Pagi, aku sempat buat sarapan ala barat: sausage mushroom, special omelette and cheesy baked beans. Meh tengok resepi.

Cendawan sosej

Sosej (hiris nipis)

cendawan butang segar (dihiris nipis)

Kentang dipotong dadu besar-besar

Bawang besar (dipotong menegak)

Bawang putih (hiris nipis)

Garam, lada hitam, rosemary (kering)

Sos tiram

Sedikit minyak


Nota: Macam biasa, aku kurang gemar letak kuantiti. So, agak-agak aje la yea... :D

  1. Goreng kentang sehingga separuh masak.
  2. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng hingga lembut.
  3. Masukkan sosej dan cendawan serta kacau hingga masak.
  4. Masukkan garam, lada hitam dan rosemary secukupnya.
  5. Tuangkan sos tiram dan kacau rata.
  6. Angkat dan hidang.
Telur dadar istimewa

Sebiji telur
Cili benggala dipotong dadu kecil
Tomato dipotong dadu kecil
Lada sulah
Lada hitam
Garam
Serbuk mexican cili
  1. Pecahkan telur dan pukul hingga kuning bercampur elok dengan putih telur.
  2. Masukkan cili benggala, tomato, lada sulah, lada hitam, garam dan serbuk cili mexican lalu dipukul hingga rata.
  3. Masak di atas api sederhana.
Nota: Terpulang sama ada suka separuh masak atau masak sepenuhnya.

Yummy... memang sangat berselera makan pagi tu...

Lepas sarapan, pergi ke Dewan Wawasan untuk Hari Sukan Sarah. Bila sampai, tak ada orang lagi. Jadi, aku telefon cikgu sekolah. Laaa... salah waktu rupanya. Petang da.... Jadi, aku ke Kepong. Bawa mak ke kenduri kahwin saudara di sana. Berkejar balik semula sebelum jam 1.00 petang. Letih yang amat. Lelap la sekejap. Pukul 2.20 kembali semula ke Dewan Wawasan. Orang masih belum ramai. Jam 3.00 petang baru mula. Sarah berarak masuk sekali dengan rumah-rumah sukan yang ada...

Ingatkan habis dalam pukul 4.00. Tapi masa ditarik sehingga pukul 5.30. Banyak juga la aktiviti sukaneka untuk murid-murid tu. Dicampur pula dengan dua acara ibu, bapa dan berpasangan. Mr. Hubby dapat tempat kedua, rumah sukan Sarah pun dapat tempat kedua, berpasangan ibu bapa pun kami dapat tempat kedua. Hahaha... kira ok a tu kan...




Habis acara sukan, kami buat acara membeli-belah barangan dapur pula. Ke Jusco sebab sayur kat situ tahan lama. Mula-mula nak buat western dinner. Tapi sebab dah penat yang amat, maka aku cuma makan nasi ayam je malam tu.

Dan malam ni, sempat la merealisasikan menu semalam. Grilled Dory with baked potato and garden salad.
Grilled Dory
Dory Fillet
Mexican Chilli
Lemon juice
Blackpepper
Salt
Oil

Mixed all the ingredients and soak the fillet in it. Then, grill until golden brown. Ready to serve.

Baked potato
Potato (cut into cubes)
Thymes (dried)
Blackpepper
Oil
Salt

Mix all the ingredients. Set the oven to 190 degree and bake for 30 minutes.

Ikan dori tu makan dengan sos tartar. Pergh... sedap... heheheh... tu je la untuk hari ni. Mata pun macam dah tak larat nak buka. Nanti kita cerita lagi... :D

Wednesday, May 04, 2011

Kedekut

Pernah tak anda berdepan dengan orang yang kedekut? Mari baca situasi di bawah:

Situasi 1

A: kau nak makan mana malam ni?

B: Aku nak makan kat tempat K ni. Situ murah. Harga makan siap air baru RM4.50.

A: Jauh tu. Ko kena naik bas. Nak kena bayar tambang lagi. Masa lagi..

B: Baik makan kat situ. Kat gerai depan tu, nasi, ayam, sayur dengan air je dah RM5.00. Rugi..

A: Err..


Situasi 2

Dalam sebuah kelas.

A: B, ko ada gula-gula tak? Aku mengantuk la.

B: Ada (sambil menghulurkan sebiji gula-gula).


Lima minit kemudian..

A: Nak sebiji lagi.. Ngantuk tak hilang la pula..

B: Nah (sambil menghulurkan sebiji gula-gula lagi).


Lima minit selepas lima minit tadi..

A: Nak sebiji lagi boleh.. Hee.... Ngantuk sungguh...

B: Nah (sambil menghulurkan sebiji gula-gula lagi).


10 minit selepas 5 minit tadi...

A: Nak lagi.. Ngantuknya..

B: Sambil menghulurkan sebiji gula-gula lagi.


5 minit kemudian dan setiap lima minit yang berikutnya sehingga kelas tamat.

A: nak lagi.. Ngantuknya..


Pernah jumpa orang yang seumpama ini?