Monday, March 19, 2012

Botak

Dari sehari ke sehari mama rancang nak botakkan rambut Afiq. Abah pula sibuk dan tak sempat-sempat nak buat. Akhirnya, Sabtu lepas (17/3/2012) baru abah dapat luangkan masa. Abah balik rumah dulu ambil mesin potong rambut. Mama pula sediakan apa yang patut kat rumah Tok Mak. Sempat juga mama ambil gambar sebelum Afiq botakkan rambut.

 
Afiq sebelum botak


 

Future doctor is sleeping


  
Proses membotakkan kepala.

Afiq gelisah masa mula-mula cukur rambut. Afiq geli agaknya bila mesin tu berbunyi dan bergetar kat kepala. Abah cukur kepala Afiq sampai licin. Tak lama pun. Tak sampai pun 10 minit. Cuma proses nak bersihkan badan dari rambut tu makan masa juga. Lepas cukur siap, mama susukan Afiq dulu sebelum abah mandikan Afiq. Lepas mandi dan bersiap, Afiq tidur lena. 

  
Tenang setelah selesai.

Amalan bercukur rambut untuk bayi yang baru lahir ni amat digalakkan dalam Islam. Ia bertujuan supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat (sumber). Dengan mencukur rambut anak juga, ia dapat membuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak tersebut (sumber). Dengan hikmah itu, mama harap Afiq dapat menjadi seorang anak yang luas pandangannya dari segala segi dan berfikiran terbuka. Amin.



No comments:

There was an error in this gadget