Thursday, April 03, 2008

Solat tu tiang agama. Tapi...

Semalam aku jalankan tugas macam biasa menjaga pelajar-pelajar solat Asar. Lima minit sebelum solat bermula, hujan renyai-renyai. Jadi, pelajar-pelajar diminta solat secara bergilir-gilir. First batch, solat kat bawah khemah. Aku bising-bising juga suruh yang ada kat situ amik air semayang and masuk ke saf. Macam-macam alasan kalu dah banyak sangat si Tanduk tu bertenggek.
"Penat la, cikgu" sorang yang debab ni bersuara.
"Hujan cikgu, macamana nak semayang", Firdaus pulak yang menjawab bila aku suruh solat.
Akhirnya, apa yang aku dapat kata, "Esok, kalau Allah tanya kenapa la ni tak solat Asar? Awak jawab macamana yang awak jawab kat saya yea!" Lepas tu aku terus tinggalkan kumpulan yang tu.
Aku berdiri lak kat saf paling belakang yang baru terhegeh-hegeh nak angkat takbir lepas imam dah masuk rakaat ke-3. Tu pun lepas jenuh aku paksa. Bila imam tu bagi salam akhir, yang saf belakang ni macam dah nak bangun cabut.
Aku pun, terus tegur, "Awak solat berapa rakaat ni?"
Idwan yang tengah solat depan aku pandang dan menjawab, "Dua...eh, tiga cikgu!" Lepas tu dia sambung balik solat dia. Aku? Kelu tidak berkata.
Habis solat, takde second batch yang bergilir untuk solat Asar. Semua bertempiaran balik. Bertuahnya anak bangsaku!!!

++++++

Balik rumah aku cerita pada suami aku. Aku pulak kena balik.
"Yang awak pergi tegur diorang tu kenapa? Tentu la nak jawab. Budak-budak! Kalau tak jawab nanti diorang takut awak kata diorang ni kurang ajar...." Sekali lagi aku terkelu. Hmmm... macam betul pulak bunyinya....

++++++

Rohani, ustazah kat SMKJK tu kata kat aku, "Perangai budak-budak ni kadang-kadang buat kita terbeban kan, kak? Mesti kita pun ada silapnya sebab tu diorang tak dapat makan ajar." Dan untuk sekian kalinya aku terkelu lagi sebab aku rasa, kata-kata mereka memang betul.
Jangan terus mencari kesilapan orang lain. Kaji juga kesilapan sendiri kerana kadangkala, kerana kesilapan kita, orang lain tersalah kemudi....

No comments: