Friday, April 18, 2008

Baiknya 'anakku'

Hari terakhir ujian, aku buat rondaan kat dalam kelas aku. Sekadar menjalankan tugas. Periksa sekali sekala. Kali ni aku tengok aspek seluar pulak. Ada la dalam 6 7 orang yang aku tetas seluarnya sebab buat fesyen 'cikang'. Then, sampai kat Radzi, aku terus tunduk nak tetas kaki seluar dia.
Cepat je dia larikan kaki dia sambil berkata, "Semalam ko potong rambut aku. Hari ni nak potong seluar aku pulak."
Lepas tu dia buat muka bodoh dia bila aku renung. Dalam hati terfikir juga. Dibuatnya dia tolak aku dan tanpa sengaja pisau yang aku pegang terkena aku, tak ke kes naya? Bila aku cerita pada sorang cikgu ni, dia kata, hati-hati.
"Budak-budak macam ni biar je. Jangan buat apa-apa. Bahaya. Kalau mati ke, cedera ke, siapa yang susah? Kita ni ada suami, ada anak-anak, siapa nak jaga?"
Bila dengar dia cakap macam tu, aku terfikir, ada betulnya. Tapi, sampai bila cikgu nak ambil sikap lepas tangan. Pelajar makin naik kepala. Kementerian buat macam-macam garis panduan yang akhirnya memenangkan pihak ibu bapa dan pelajar sambil 'menuding' jari pada kesalahan guru-guru.
Cubit tak boleh, rotan tak boleh, berdiri atas kerusi tak boleh, ketuk-ketampi tak boleh, itu tak boleh, ini tak boleh. Pendek kata, semua tak boleh. Jadi, kalau pelajar buat salah, tak buat kerja, buat bising dalam kelas, biadap pada guru, semua ni kena biarkan la yea?....
Ada tak ada, isi buku rekod kawalan kelas dan kenakan penalti. Buku rekod nan satu tu pun dah naik lunyai dan ada mukasurat yang diconteng namanya supaya aku tak dapat rekodkan kesalahan dalam kad penalti. Dalam kelas aku je dah ada 3 orang yang layak ditendang keluar dari sekolah. Pun begitu, tiada sebarang tindakan diambil.
Jadinya, aku cadangkan biarlah setiap guru mengambil insurans supaya kalau satu hari berlaku kejadian nyawa melayang atau cedera dipukul pelajar, masa depan yang tertinggal tidak terabai.
Apa pun pada aku, Lillahi taala. Moga niat aku nak perbetulkan anak bangsa aku tidak sia-sia.

+++++++++++++++

Aku cerita hal ni pada mak. Mak kata, "Jangan kacau budak-budak tu, Uda. Nanti kalau jadi apa-apa kan susah...."
Memang ada benarnya. Tapi aku kecewa sebab takde sokongan.

No comments:

There was an error in this gadget