Hari ni ada bengkel celik nahu. Bengkel selama 5 jam ni, banyak beri pendedahan tentang cara menulis karangan untuk PMR dan nahu yang betul. Cikgu Abdul Ghalib Yunus, merangkap penulis buku teks tingkatan 3 adalah orang yang bertanggungjawab memberi pendedahan tentang nahu dan penulisan. Beliau juga pernah menang sebagai guru inovasi dengan teknik yang diciptanya tu. Seronok juga sebab walaupun dah bergelar cikgu, ramai sebenarnya yang tak tahu apa yang betul dan tidak betul sebab kita ni banyak didedahkan dengan nahu yang tidak betul dan sebab dah biasa, kita rasa betul.
Yang paling seronok ialah teknik menulis karangan. Selama ni pun, ramai antara cikgu-cikgu situ mengajar karangan macam tu je tanpa ada teknik yang betul dan senang difahami. Tapi teknik ni sungguh berlainan. Pelajar dan cikgu diajar cara menulis yang betul supaya idea yang ada boleh dikembangkan lebih panjang dan tidak hanya tersekat di satu-satu isi sahaja. Pengenalan tentang ayat rangsangan, ayat arahan, ayat judul, ayat contoh dan sebagainya betul-betul memberi aku idea dan semangat untuk mengajar menjadi semakin berkobar-kobar.
No comments:
Post a Comment