Wednesday, April 02, 2008

Aduhaiiii...

Semalam genap dua minggu aku mengajar kat SMKJK ni. Dan semalam, macam hari-hari yang sebelumnya, aku terus tercabar dengan perangai pelajar aku. Aku denda budak kelas aku ni sebab menurut kata ketua kelasnya, Shaiful, diorang ni bising. Ini termasuklah hamba Allah yang sorang ni, Firdaus. Sedapkan nama dia?
Mamat ni memang kaki ponteng kelas, buat kacau dalam kelas and suka sangat buat bising. Memula dulu memang aku suruh kawan kelas dia cari and heret masuk kelas. Tapi kejadian semalam... aku rasa dia takde kat kelas lagi aman. Hahaha... Jahat tak cikgu nan sorang ni? Aku denda diorang berdiri. Then, aku tanya sorang-sorang, betul ke diorang bising. Ramai yang mengaku.
Lepas tu aku mula menulis nota kat papan hitam. Boleh Firdaus ni menyanyi dalam kelas macam la dia tu sorang je kat dalam kelas. Dan aku yang memang menyirap je tengok perangai dia naik angin. Terus aku libas dengan bekas kapur tulis yang dibuat dari plastik. Terkena hujung siku dia.
"Sakit la cikgu!". Hehehe.... baru ko tau!
Then aku terus sambung balik keje aku. Tak sampai lima minit, bila aku pusing belakang, Firdaus dah takde.
Bila aku tanya kawan dia, "Dia dah keluar, cikgu"
"Pergi mana?"
"Ntah. Ala.. cikgu! Jangan layan sangat dia. Firdaus ni memang kurang ajar".
Hmmm.... aduuuhaiiii anak bangsaku!!!

2 comments:

angah said...

hikhik.. ko mmg patut lagak garang.. besa la.. bebudak.. ada konflik tu.. but don't ignore him.. pity him.. mybe u should try approach him.. manatau kuasa tuhan.. ko buleh ubah dia..

When my mind started to generate said...

Semenjak peristiwa tu, aku tak pernah nampak batang idung dia kat dalam kelas lagi. Cuma ada sekali tu aku terserempak dgn dia kat luar kelas masa aku on the way p kelas dia, dia kata nak pergi tandas. PErghh... pegi tandas siap bawak beg tu! Aku memang ingat nak ubah dia... Harap-harapnya aku boleh berjaya mencuit hati dia.

There was an error in this gadget