Sunday, May 04, 2008

Cikgu Solehan bin Remot

Kali terakhir aku jejak Sekolah Menengah Dato' Harun, Tanjong Karang ialah tahun 1995. Sekarang dah 2008. Kira dah 13 tahun aku tak jejak dan jumpa cikgu-cikgu sekolah aku tu. Tapi dah ditakdirkan Allah, aku jumpa balik seorang jejaka yang aku sanjung sebab dia antara jejaka yang paling seronok pernah hadir dalam hidup aku. Cikgu Solehan bin Remot. Orangnya rendah je. Jarang senyum. Tapi kalau senyum.. adusss... manisnya! Tapi bukan sebab kemanisan senyuman dia yang buat aku terpikat. Karisma yang ada padanya menjadikan aku antara pelajar yang bersemangat nak belajar Bahasa Melayu.
Dia pengetua SMDH dari tahun errr.. aku pun lupa. Tapi yg pasti, thn 1996 dia dah takde kat sekolah tu lagi. Cikgu Solehan ni baik giler walaupun senyumnya jarang kelihatan. Cara dia menegur tu sinis, tapi penuh hikmah. Jadi siapa yang buat silap je yang tahu. Takde la malu dengan orang lain. So, pandai-pandai la membetulkan diri sebelum rahsia kesilapan terbongkar.

Cikgu Solehan gelar budak-budak kelas aku pedagang-pedagang Arab sebab kelas kami amik elektif Perdagangan dan Bahasa Arab. Kelas 4 Perdagangan Arab.

Kalu aku dok ceritakan pasal cikgu aku ni, sampai ke sudah tak abis. Apa pun , aku jumpa dia semalam ketika bengkel kecemerlangan staf (gamba-gamba). Dia dijemput sebagai penceramah untuk program tu. Menggigil juga aku bila berjumpa dia lepas habis program. Maklum je la, jumpa jejaka idaman Malaya. Heheheh.... Hajat dihati nak bercerita tentang pencapaian aku dan macam-macam lagi. Tapi sebab dia pun macam tengah sibuk nak berkemas dan nak pi makan (Pengetua aku pun dah menunggu nak iring dia ke tempat makan), aku cuma sempat bagitau yang aku ni bekas pelajar dia dan dia sempat berkirim salam pada ayah aku yang dia sangat kenal. Bekas penghulu la katakan.... :)



Ni gambar cikgu Solehan masa zaman dia jadi cikgu. Waktu ni tahun 1995. Masa aku tingkatan 5. Ada jamuan akhir tahun untuk pelajar-pelajar SPM Sekolah Menengah Dato' Harun Tanjong Karang. Susah gak nak dapat gambar cikgu Solehan ni sebab dia malu-malu alah nak amik gambo depan kamera.



Gamba yang ni lak masa bengkel semalam. Kurang jelas. Tapi yang pasti, terpancar wajah tuanya. Sekarang umur cikgu dah 59 tahun. Baru pencen 3 tahun lepas. La ni jadi penceramah sambil memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi Pendidikan kalau aku tak silap.

No comments:

There was an error in this gadget