Thursday, May 28, 2009

Kelabu asap je

Rasanya dah masuk lebih dua minggu perjalanan aku kat sekitar Jalan Kebun, Klang dan yang sama waktu dengannya jerebu jer... tensen gak. Jalan pi sekolah tu, hari2 lalu berasap. Dah la aku pi sekolah dkt2 tengahari. Masa matahari nak-nak terpacak kat atas kepala. Nak tambah best lagi, aircond kereta aku dah dekat sebulan rosak (nak baiki, lum ada cukup duit lagi. Tak dpt gaji tertunggak tiga bulan ni). Pastu, lalu lak kawasan yang dibakar kiri kanan. Tak sakit ke? Aduhai.... Nak tutup tingkap, kang aku lak yang banjir dek peluh sendiri. Bila buka tingkap, sedut haruman asap semerbak. Heee... bengang tul aku dibuatnya ! Boleh diorang p bakar kebun2 haram (pepandai aku je kebun haram. Ngeh..ngeh..ngeh...) tu sebab nak kasik clear tanah pertanian diorang tu. Sakit rasa hati. Rasa aku nak je bawak parang cari sapa yang mula bakar tanah2 tu. Ceh! Rasa berasap je tiap ari macma lalu kat tanah perkuburan dalam cita2 seram. Heheheh.... Heeeee.... Kat sapa la aku nak habaq perkara ni...

No comments:

There was an error in this gadget