Tuesday, May 26, 2009

Guru dan pelajar

Lately, aku selalu terfikir pasal bagaimana nak jadi guru yang baik dan terkesan di hati pelajar. Maklum saja la. Aku rasa zaman sekarang tak macam dulu. Masa zaman aku, waktu perhimpunan, beratur lurus dan cantik. Ikut kelas masing-masing. Pengawas semua jalankan tugas dengan baik. Tapi skarang macam langit dengan bumi. Dah la beratur masa perhimpunan macam ular kena palu, tak ikut kelas pula tu....

Tapi aku teringatkan Cikgu Solehan masa aku sekolah tahun 1994-1995. Masa tu tingkatan 4 5. Time gotong-royong, dia la yang mula-mula angkat penyapu. Pelajar dan guru-guru lain turut sama. Kalu kutip sampah, dia dulu yang mula baru dia suruh pelajar kutip. Bila bab menyanyi lagu Negaraku, dia juga turut sama. Jadi, tidak ada isu, 'cikgu tak buat, maka aku (pelajar) pun tak perlu buat'. Dari situ, aku percayakan konsep kepimpinan melalui teladan. Kalau kita nak ajar anak murid kita berjalan betul, maka kita perlu ajar dengan cara yang betul. Jangan jadi macam ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan tegak sedangkan dia sendiri jalannya senget.

Hmmmm.... aku rasa, memang logik mengajar menggunakan pendekatan begini. Guru, aku rasa, perlu juga sekali-sekala cuba berada di aras yang sama dengan pelajar. Perlu berfikir sama aras dengan pelajar supaya mereka tahu bagaimana cara hendak menyelesaikan sesuatu masalah.... Bukannya meninggikan ego mereka sebagai guru dan meletakkan pelajar yang jahat itu akan jahat hingga mati dan yang baik itu akan baik selamanya.... Anyway, we are human beings. Tend to make mistakes. But we have to learn from the mistakes to improve. That is what I'm doing.....

No comments:

There was an error in this gadget