Friday, December 03, 2010

Isu bertudung (untuk kesekian kalinya)

Sambil jengah-jengah blog-blog yang ada, aku masuk ke blog Ustaz Zaharuddin. Baca artikel mengenai rintihan seorang lelaki. Dan aku mula berfikir untuk ke sekian kalinya tentang isu hak dan kesaksamaan antara lelaki dan perempuan. Perempuan ketika ini cukup bijak berkata-kata memperjuangkan hak yang sama rata dengan lelaki. Sehinggakan sampai ke tahap perempuan juga perlu pandai bermain bola sepak dan menjadi imam kepada makmum bercampur lelaki dan perempuan.
Dalam sibuk memperjuangkan hak-hak wanita, mereka ni juga lupa bahawa mereka seperti menolak hak kaum lelaki untuk bergerak bebas tanpa ada rasa konflik dalam diri. Tentunya hak untuk melihat-lihat persekitaran tanpa timbul nafsu serakah yang membuak-buak. Kenapa aku timbulkan isu ni? Hmmm... berbalik pada isu perempuan bertudung. Ada antara mereka yang tidak tahu apakah dia panduan untuk bertudung. Ada yang mengatakan bertudung sudah mencukupi. Tetapi, tahu ke tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat.
Ha.. meh tengok sini apa dia kesalahan wanita tentang menutup aurat. Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai... (hmmm....)
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada... tapi, bila angin bertiup, terus membuka belahan kat kain nun... nampak betis bunting padi.. Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan... astaghfirullah....

Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo agaknya kot....

Yang lain pula, memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki. Hoho...

Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang... Macam tudung bawal, tudung tenggiri... Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa... Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? hmmm...

Dan yang menjadi trend masa kini adalah bertudung awning yang pendek tidak menutupi dada. Cuba bandingkan antara cara pemakaian tudung rahib kristian dengan kawan kita yang sorang ni. Sama tak?


Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain tika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.

Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”

Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”

Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.

Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi.
(Riwayat At-Tirmizi).

Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?

Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah. Hmmm....

Tahu macamana cara bertudung muslimah yang sebenar? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Kira macam ni la.




Manis kan? :D

Jadi, senang cerita, bila tengok balik artikel kat Ustaz Zaharuddin tu, kaitkan semula sejauh mana kita kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin 'sengaja' menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Nanti! Mungkin ada juga yang berkata bahawa wanita yang dicabulnya menutup aurat sakan. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Hmmm.... kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. Maka, jika seorang tidak menutup aurat, secara tidak langsung, dia telah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia tidak kena, tetapi wanita lain terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya. Wallahua'lam.

6 comments:

nizamsaidon said...

Huhuhu....
Kenapa perlu ambil sebahagian shj hukum Islam sbg panduan/hukuman?
Kenapa tidak diterapkan sumer hukum2 islam dlm perlembagaan?

Satu lagi, mmg manis sgt2 la gambo yg bawah tue..
:)

Mama Iman said...

Sebab tak nak dihantui lembaga.... hoho....

maneeesss sangat. :D

Cikgu Abah said...

kak anim...
sblm dpt ipba, sy jual t-shirt muslimah..
bile dah start belajar semue terbengkalai..
kalau kak anim nak t-shirt muslimah bgtau..
sy jual ikut harga sy ambil..just nak pulang modal..
tolong bgtau kawan2 ye..

Wan Firdaus said...

alhamdulillah, jika ramai wanita bersifat peka seperti kakak, saya yakin kita akan lebih dekat dan mudah untuk peka pada Islam dan agama Allah SWT..

amin..mudahan ramai sutu hari nanti..insyaALLAH..

Mama Iman said...

Amin.... memang amat-amatlah diharapkan ramai yang lebih menyedarinya... :D

Mama Iman said...

Fazil... akak tgk t-shirt muslimah ko mmg cantik... tingin nk beli. tp adakah lagi sizenya?