Monday, June 13, 2011

Makanan wajib ada

Haaa... hari ni tiba-tiba rasa rajin nak menulis lagi. Maaf ye... dah lama juga rasanya blog ni tak dikemaskini. Apapun, hari ni baru selesai makan tengah hari. Dan baru juga siap kemas dapur. Semenjak cuti ni, dapur sentiasa kemas dan dilap licin dan bersih dari minyak. Hahaha... sorry... boasting sat...

Disebabkan anak-anak aku tak makan pedas (lebih kepada tak digalakkan makan pedas), maka, aku selalu buat sambal atau makanan yang pedas-pedas untuk dibuat stok. Jadi tak perlu buat benda-benda tu berulang-ulang kali. Makanan wajib ada kat rumah ni adalah sambal kicap, sambal mentah, sambal hijau dan cili ikan bilis. Dan tambah yang terbaru hari ni, jeruk cili.

Mari tengok resepi-resepi makanan ni.

Sambal kicap
1 mangkuk cili api
3 ulas bawang putih
minyak
1 botol kicap
gula

goreng cili dan bawang putih. Pastikan tutup kuali ketika menggoreng. Sebab waktu ni, cili-cili tadi akan meletup-letup kerana bertindak balas dengan minyak panas. Bila dah agak garing, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, kisar dengan kicap dan gula. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Sedap dimakan dengan mi/bihun goreng, sup, pencicah dan sebagainya.

Sambal mentah
20 tangkai cili api
1 ulas bawang putih
Minyak
Gula
Garam

Tumbuk cili api hingga lumat. Kemudian tumbuk bawang putih. Gaul rata dalam lesung tadi. Lepas tu, masukkan minyak, gula dan garam secukupnya. Gaul rata. Boleh simpan dalam peti sejuk atau juga simpan di luar peti sejuk. Tahan lama disimpan sebab ada minyak. Tak tahu jangka waktu sebab tak pernah simpan lama. Mesti habis. hehehe...

Sambal hijau
6 tangkai cili hijau
5-6 tangkai cili api
1 biji bawang besar
1 biji bawang besar (dihiris halus)
ikan bilis
1 keping asam keping
gula
garam
Minyak

Kisar cili hijau, cili api dan bawang putih. Kemudian tumis hingga garing (sama juga macam buat sambal tumis ikan bilis. Cuma ini ganti cili hijau dan cili api). Lepas tu, masukkan ikan bilis dan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. Panaskan setiap kali hendak dimakan. Sedap dimakan dengan nasi bersup.

Cili ikan bilis
10 tangkai cili api
Sejemput ikan bilis digoreng garing

Tumbuk cili api hingga lumat. Kemudian masukkan pula ikan bilis yang digoreng garing dan ditumbuk sekali dengan cili api tadi. Gaul rata. Makanan ini tidak boleh disimpan lama. Campuran cili api dan ikan bilis boleh menyebabkan makanan ni cepat rosak. Sedap dimakan dengan nasi dan sup sebab ada rasa masin-masin pedas dan rangup.

Cili jeruk (resepi diambil dari sini)
5 tangkai cili hijau (dihiris nipis)
10 tangkai cili api (dihiris nipis)
1 cawan cuka
1 cawan air
2 sudu gula

Didihkan cuka, gula dan air. Kemudian masukkan cili dan tunggu hingga berubah warna. Pastikan tidak terlalu lama supaya cili tidak jadi lembik. Sedap dimakan dengan mi dan kue teow. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.



Sumber dari dapur Kak Roz HomeKreation. Tq kak.

Pes cili goreng (resepi diambil dari Kak Roz dan diubahsuai sikit)
1 kg cili kering
30 tangkai cili api
Minyak secukupnya
Gula dan garam

Rebus cili kering dan kemudian toskan. Lepas tu kisar cili kering dan cili api. Tak perlu terlalu hancur. Tumis hingga garing dan masukkan gula dan garam. Boleh disimpan lama sekali dengan minyak yang digunakan untuk menumis tadi. Sedap makan dengan nasi dan sup, bubur, bihun sup pun sedap juga. Ikut kreativiti la ek.



No comments:

There was an error in this gadget