Wednesday, September 28, 2011

Aku dan puan tengkok

Bangun awal pagi tadi aku terus solat. Elok je tengah solat subuh tu tetiba tengkok aku sakit dan tak boleh nak pusing sesuka hati. Tak boleh berdiri tegak. Tunduk je hampir sepanjang masa. Sudahnya, subuh tadi aku solat dalam keadaan kurang selesa dan sakit. Lepas solat, minta tolong Mr. Hubby urut tengkok. Pun masih tak reda sakitnya. Macam sakit kat tengkok sebab salah tidur. Entah la... Aku duduk kat recliner. Lepas tu bila nak bangun, kena panggung sikit tengkok. Kalau tak, sakitnya, Allah je yang tahu. Mula-mula ingat nak suruh Mr. Hubby bawa pergi klinik. Tapi ubah haluan untuk pergi urut. Lepas urut, sedikit lega. Tapi sakit tu datang balik. Aduhhh.... tak tertanggung rasanya. Bila berdiri pun tak boleh lama. Kena cepat-cepat bersandar. 

Mak kata bukan salah tidur. Ada benda hinggap kat tengkok kot... Hmmm... Entah... Sebab bangun subuh pagi tadi tak perasan lak sakitnya. Cuma masa solat ttetiba je jadi sakit. Sampai la ni tak hilang lagi... Nak bergerak pun payah. Nak bangun apatah lagi. Bongkok dan ambil barang atas lantai? Hmm... jangan harap la. Solat zohor tadi pun seribu kepayahan aku tunaikan. Nak sujud, rasa macam tengkok ni tertinggal kat belakang. Sakit woo.... Bantal dah berjemur. Orang tua kata kalu salah tidur, jemur bantal, tepuk-tepuk bantal dan baring kat situ. Cuma nak pergi ambil belum cukup kuat nak bangun. Kejap lagi la.... Huhuh.... Tak pernah lagi kena macam ni. Selalu kalau salah tidur pun, kejap je tak sampai ke petang...Tengkok... hai la tengkok... cepat baik yea... 

No comments:

There was an error in this gadget