Monday, September 05, 2011

Kenapa sayang...

Dah lama rasanya mama tak coret tentang perkembangan anak mama. Syaza hari ni dah masuk hari ketiga meragam. Tidur malam tak nyenyak dan minta macam-macam. Air kosong dalam botol, susu yang perlu dipanaskan, nak susu mama sepanjang malam, nak tidur buai, nak mama masukkan Syaza dalam buai, nak abah henjut, nak mama henjut pula... oh... anak... memang tidur malam mama dan abah tak lena.

Sebab apa, mama belum kenal pasti lagi. Tapi nampak macam ada masalah pada mulut. Ulser atau mungkin sakit gigi. Syaza kurang makan. Dan bila makan makanan keras, Syaza nangis. Bila nak minum susu, Syaza tak minum sampai habis. Salah sikit, Syaza merengek. Nak mama duduk dengan Syaza sepanjang masa. Uwaaa.... sepanjang raya ni, mama tak sempat lagi kemas dan hias rumah kita. Sebab masa sepanjang puasa, kita dok rumah tok mak. Buka dan sepanjang hari di sana. Balik rumah pun cuma lepas solat terawikh je. Masak pun tak. Tiga hari sebelum raya, mama cuma sempat kemas sikit-sikit je. Lepas tu kemas baju untuk balik kampung. Habis beraya di Pagoh, balik ke rumah dan beraya di sini. Pun masih dengan rutin yang sama. Duduk dan melepak di rumah tok mak. Baru hari ni berkesempatan duduk di rumah. Jadi, bila Syaza nak duduk berkepit je dengan mama... aduhai.. mana boleh jadi. Rumah belum berkemas. Nak suruh dia mandi pun tak nak. Asyik melaung tak nak kawan mama bila mama bangun nak angkat telefon tadi. Huaaa... macam ni mama pun nak nangis jua la... huhuhuhuh.....

3 comments:

gula kapas said...

Kesiannyer....sabar yer mama....

Fazil Hamid said...

ooo...ni kes cemburu ni...hehehe...

Mama Iman said...

Yan... lately selalu hilang sabar... huhuhu....

fazil... cemburu? ntah la.... kalu nk cemburu, lama dah kot leh kuar perasaan cemburu dia...

There was an error in this gadget