Thursday, September 29, 2011

Masalah jantung... tapi... alhamdulillah

Mama pergi buat pemeriksaan untuk adik baby malam tadi. Dengan sakit tengkok yang tak berkurangan, doktor Khairiah, pakar O&G mama, bagi mama ubat untuk lembutkan otot. Then, masa imbas adik baby, doktor tengok denyut jantung adik baby tak normal. Sekejap berdenyut aktif, sekejap jadi lemah. Mama agak tersentap dengan kata-kata tu. Mula perasaan risau datang. Adik baby waktu ni dah 19 minggu lebih. Hampir lima bulan. Jadi, untuk keterangan lanjut, doktor rujuk mama ke pakar fetus. Sama ada di HTAR atau di FMGC di Jalan Universiti.

Mama berbelah bagi nak ke HTAR atau FMGC. HTAR mungkin akan lambat sebab belum tentu dapat jumpa pakar fetus, Dr. Farok, hari yang sama. Jadi, hari ni, abah bawa mama ke FMGC. Mulanya nak jumpa dengan Doktor S. Raman. Tapi Dr. Raman cuti. Jadi, mama rujuk terus ke Dr. Patric. Doktor tanya masalah, dan mama cuma sebut Doktor Khairiah ada sebut pasal 'intermitten heartbeat'. Sebab tu dia rujuk mama ke pakar fetus. Tapi, doktor Patric lebih risaukan tentang otak pula. Aduh... lagi la kencang dada mama jadinya. Lepas bincang sikit, doktor kemudian buat imbasan. Lama juga. Dekat setengah jam. Doktor periksa tulang peha adik baby, otak, jantina, tulang belakang dan jantung adik. Alhamdulillah, denyut jantung doktor Patric kata normal. Memang biasa ada intermittent heartbeat. Sebab bukan setiap masa degup baby kencang. Ada masanya laju, ada masanya, perlahan. Mama rasa sangat bersyukur pada Allah.

Dan bila doktor periksa otak yang dirisaukannya tadi, alhamdulillah... juga tidak ada masalah. Secara keseluruhannya, adik baby normal. Kerisauan mama juga turut hilang. Selesa buat pemeriksaan di FMGC (Fetal Medicine and Gynaecology Center) kat situ. Siap ada CD gambar adik baby dan video pergerakannya. Bil perubatan, jangan cakap la berapa. Dengan khidmat nasihat RM100 dan Radiology RM300, abah cuma kata adik baby anak istimewa. Sebab adik baby dapat layanan istimewa. hehehe.... Mama harap, kalau ada rezeki kita jumpa di dunia, adik baby akan jadi anak yang baik dan taat pada perintah Allah dan ibu bapa. Sanggup berkorban untuk agama dan bangsa. Mama doa ada anak-anak mama yang jadi hafiz dan hafizah. Sejuk perut mama kalau itu yang jadi.

Antara gambar adik baby yang ada dalam CD 
yang pihak FMGC bekal untuk tatapan Kak Long dan Kak Ngah. :D

Bila adik baby, Kak Long, Kak Ngah dah besar nanti, mama harap anak-anak mama tidak menghampakan harapan orang tua. Sentiasa berkerjasama dalam keluarga dan tak nak gaduh-gaduh. Tak elok. Anak-anak mama semuanya istimewa di mata mama. Hari ni juga mama dapat rasa pengorbanan abah untuk kita satu keluarga memang tak pernah berbelah bagi. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Walau semiskin mana kita, walau sekaya mana kita, walau sesihat mana kita, walau sesakit mana kita, kita tetap hamba-Dia dan kita perlu sentiasa bersyukur.

Jadi, sekarang ni, mama boleh berehat di rumah dalam keadaan tenang dan senang hati. Kerisauan doktor Khairiah tentang jantung adik baby dan Doktor Patric tentang otak adik sudah jauh mama lupakan. Nanti mama nak ulang cerita lagi tentang nasihat Lukman. Biar adik baby dengar selalu dan tahu apa yang elok dan tidak bila adik baby besar nanti. Moga pesanan Lukman kepada anaknya dalam al-Quran tu dapat tertanam kukuh dalam minda adik. Amin...

3 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

sukur dengar tak ada apa2...risauuunyalah kan....:) take care mama:):)

Mama Iman said...

tq Amiizaa.. sgt2 bersyukur.. :D

gula kapas said...

alhamdullillah syukur, as time went by it become much harder to forget his/her presence in our life. No matter praying that baby will be ok...gambate nim..